BERITA TERKINI

RM2.3 Bilion untuk Sabah
Dakwaan pihak tertentu bahawa Felda telah menipu kerajaan dan rakyat Sabah adalah tidak berasas.Sebaliknya Felda telah menyumbangkan beratus juta ringgit bagi tujuan pembangunan rakyat Sabah.Selain itu Felda juga membuat pelaburan bernilai berbilion ringgit di negeri di bawah bayu itu. SELANJUTNYA >

Sunday, 20 November 2011


 BINTANG FELDA UNITED
LIEW KIT KEONG
Dikagumi kerana jaringan-jaringannya yang cantik.
Pemain yang diberi jolokan ‘The Flying Ah Liew’ ini dilahirkan pada 6 Januari 1979 di Perak.
Kit Kong memulakan kariernya sebagai pemain amatur bersama Perak FA pada tahun 1999 dan setahun kemudian menandatangani kontrak sebagai pemain profesional.
Seawal usia 20 tahun, Kit Kong juga telah diberi kepercayaan mewakili negara. Bagaimanapun namanya berada dalam kesebelasan utama hanya tiga tahun kemudian.
Pemain yang menjadi bintang Felda United ini pernah memenangi Anugerah Penyerang Terbaik bagi musim 2007-2008, mengatasi Mohd Safee Mohd Sali dan Mohd Zakuan Adha Abdul Radzak walaupun ketika itu dia bermain dalam liga divisyen dua.
Kit Kong sering dikagumi kerana jaringan-jaringannya yang cantik. Dia merupakan salah seorang daripada pemain yang mewakili negara dalam perlawanan persahabatan menentang Brazil.
Semasa Piala Tiger 2004, kehadiran Kit Kong memberi impak besar kepada barisan serangan Malaysia sehingga berjaya menumpaskan Indonesia dalam perlawanan separuh akhir. Kit Kong menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu.
Selepas tahun 2005, Kit Kong tidak pernah lagi bersama pasukan kebangsaan. Bagaimanapun pada tahun 2008, dia dipanggil semula oleh jurulatih B. Sathianathan untuk berlatih bersama pasukan negara bagi menghadapi satu perlawanan persahabatan dengan Indonesia.

LIEW KIT KEONG

Dunia bola sepak profesional memang sarat dengan angkaangka ringgit yang ‘ganas’.
Ia lazimnya melangkaui puluhan juta, malah ada kalanya menjadi beratus juta – jumlah yang tidak mungkin dikumpul oleh kebanyakan kita walaupun bekerja siang malam selama beberapa keturunan.
Selalunya yang disogokkan kepada kita ialah pendapatan bintang-bintang yang berklas dunia. Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo, Kaka, Samuel Eto’o, semuanya adalah bintang-bintang yang mengaut puluhan juta setiap tahun.
Jumlah yang melayakkan mereka hidup dalam longgokan wang. Bayangkanlah pemain termahal di dunia sekarang, Lionel Messi dijangka mengaut pendapatan kirakira RM134 juta bagi tahun 2011.
Jumlah itu diperolehi daripada gaji, elaun dan pelbagai kontrak pengiklanan yang ditandatanganinya. Angkanya tentulah berkali ganda lebih banyak daripada peruntukan yang diberikan untuk memajukan sukan bola sepak di negara ini.
Dalam mengira kekayaan para pemain, mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula keadaan pengurus-pengurus pasukan bola sepak yang ternama di dunia. Adakah mereka juga hidup mewah, atau sekadar ‘menghirup kuah’ sementara si pemain membaham isinya?
Jawapannya, mereka juga kaya raya dan senang lenang. Ramai di kalangan pengurus pasukanpasukan gergasi itu membawa pulang gaji berpuluh juta ringgit setahun.
Mendahulu senarai ialah pengurus kelab Real Madris, Jose Mourinho. Lelaki berusia 48 tahun yang berasal dari Portugal itu menerima gaji tahunan kira-kira RM57 juta setahun atau RM156,000 sehari!
Di tempat kedua ialah Pep Guardiola, pengurus pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona. Baru berusia 40 tahun, Guardiola telah mampu meraih pendapatan RM45 juta setahun.
Rafael Benitez, bekas pengurus Inter Milan pula memperolehi pendapatan RM44 juta setahun.
Walaupun tidak begitu terkenal sebagai pemain pada zaman mudanya kerana hanya bermain untuk liga kelas bawah di Sepanyol, namun Benitez begitu menyerlah dalam bidang kejurulatihan. Dalam usia belum mencapai 30 tahun dia telah diberi amanah menjadi penolong pengurus kelab terkenal Real Madrid. Kini, pada usia 51 tahun Bernitez menduduki carta sebagai pengurus ketiga termahal di dunia.
Seorang lagi pengurus yang tidak kurang lumayan gajinya ialah Fabio Copello, bekas pengurus pasukan Itali yang kini menjadi pengurus pasukan kebangsaan England.
Dengan rekod-rekod cemerlangnya sepanjang berkhidmat sebagai pengurus beberapa pasukan ternama di Itali, termasuk Milan dan Juventus, serta pernah mengemudi pasukan Real Madris, England tidak teragak-agak membayar gaji RM37 juta setahun kepada lelaki yang telah berusia 65 tahun ini.
Begitulah besarnya pendapatan mereka. Teruja? Nanti dulu. Ada seorang lagi yang mendapat pendapatan jauh lebih banyak daripada mereka. Malah pendapatannya lebih besar daripada Messi.
Dia ialah pemain golf yang panas dengan kisah kecurangannya tempoh hari, Tiger Wood. Bayaran yang diterima oleh Wood tahun ini ialah kira-kira RM210 juta!

Pengurus Termahal Dunia

Allah Maha Kaya. Allah Maha Pencipta. Lihatlah pokok ini. Keadaannya saling tak tumpah seperti orang yang sedang rukuk. Perhatikan juga dahan yang seolah-olah tangan yang terletak di atas lutut itu. Apa yang lebih menakjubkan, pokok tersebut rukuk dengan menghadap ke arah Kaabah, yang menjadi kiblat semua umat Islam.

Demikianlah. Apabila Allah mengkehendaki sesuatu itu terjadi, maka terjadilah ia sebagaimana firman-Nya: Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: “kun (jadilah)”, maka jadilah ia”. (An Nahl:40) Pokok ini terdapat di Nowra City, New South Wales, Australia.

Semoga kewujudan pokok seperti ini memberi keinsafan kepada kita. Janganlah kita kagumi pokok ini, tetapi kagumilah Penciptanya!

POHON YANG RUKUK

Manusia telah menghuni duniaini sejak puluhan ribu tahundahulu. Dari semasa kesemasa mereka telah menjadi lebihbijak dan pintar. Tetapisehingga kehari ini manusia masih belum mampumenyenaraikansemua makhlukciptaan Allah di muka bumi ini. Tidakada seorang pun yang tahu dengantepat ada berapa jeniskah mamalia,ikan, burung, tumbuh-tumbuhan,bunga-bungaan, batu-batan dansebagainya.
Setiap hari ada sahaja makhlukbaharu yang dijumpai. Kadangkalajumlahnya berpuluh-puluh jenis.Semua makhluk itu adalah yangbelum pernah dilihat atau diketahuioleh manusia.Ini membuktikan hasil ciptaanAllah ini terlalu banyak sehinggatidak dapat dihitung. Selain itu iamenunjukkan seolah-olah masihwujud alam yang belum diterokaioleh manusia.
Walaupun kemajuan sainsmembolehkan manusia melakukanpengklonan dan sebagainya, tetapiia tidak dapat mengatasi prosespenyebaran benih secara semulajadi.Daripada proses inilah satu demisatu hidupan baharu terhasil. Inilahbukti kekuasaan Allah sebagaimanafirman-Nya dalam surah As-Syurak ayat 29 yang bermaksud:
“Dan antara tanda kekuasaanAllah ialah penciptaan langit danbumi dan makhluk-makhluk yangmelata(daabah) yang bertebaranpada kedua-duanya.”
Salah satu daripada makhlukAllah yang baru ditemui ialahlintah T-rex (Tyrannobdella rex)atau disebut juga ‘raja lintah yangganas’. Lintah ini dianggap sebagairaja segala lintah. Ia ditemui padaApril 2010 di pedalaman Peru, iaitusebuah kawasan belantara yangmerupakan sebahagian daripadahutan Amazon. Ia disenaraikansebagai salah satu daripada sepuluhjenis binatang yang paling ganjil didunia bagi tahun 2010.
Lintah jenis ini panjangnya kirakiratujuh sentimeter dan mempunyaigigi-gigi yang besar. Ia juga ganasdan cekap mengesan mangsanya.Sebab itulah lintah ini diberi namaT-rex, bersempena nama dinasouryang ganas itu.

Lintah TREX

50,000 sel di badan anda mati dandiganti dengan sel baru semasaanda membaca ayat ini.Secara purata badan kita mengandungibelerang (sulfur) yangcukup untuk membunuh semuajenis kutu di badan haiwan; karbonyang cukup untuk menghasilkan900 batang pensil; potassium yangcukup untuk meledakkan meriammainan; lemak yang cukup untukmenghasilkan tujuh buku sabundan posforus yang cukup untukmembuat 2,200 batang kepalamancis.
Jika seluruh badan kitadibekukan dan diasing-asingkan,10 peratus beratnya ialah daripadamikro organisma yang terdapat padabadan kita.Badan kita merupakan sebuahfarmasi yang lengkap. Kita bolehmenghasilkan apa sahaja jenis ubatdaripada apa yang terkandung didalamnya.Badan kita mengandungi besiyang cukup untuk membina tiangyang mampu menampung beratbadan kita.Jika semua DNA kita ditarik dandisambung, ia akan sampai ke bulansebanyak 6,000 kali.Seluruh badan kita mengandungirerambut darah yang panjangkeseluruhannya kira-kira 37,000 batu.

SEL BADAN ANDA


Sejarah penggunaan ‘alatberakal’ bermula sejak lebih2,000 tahun dahulu dengankemunculan sempoa. Begitu jugadengan penciptaan alat astrolableyang digunakan bagi tujuanpelayaran dalam era yang sama.
Sementara ‘mesin-mesin’ klasikitu kekal digunakan, pada tahun1642, Blaise Pascal mencetuskankegemparan apabila mencipta mesinpengira ‘digital’ yang pertama. Alat itucuma boleh digunakan untuk tujuanmencampur. Pascal menciptanyadengan niat hendak menolongbapanya, seorang pemungut cukai.
19 tahun kemudian GottfriedWilhelm von Leib memulakanusaha mencipta alat lain yangboleh mencampur, menolak danmendharab. Ia berfungsi denganmenggerakkan satu gear khas,sama seperti yang terdapat dalamsesetengah mesin pengira moden.
Selama lebih seabad alatciptaan Pascal dan Leibniz itubukan sahaja tidak berkembang,tetapi tidak dipedulikan. Hanyaselepas tahun 1820, apabila CharlesXavier Thomas (Tomas of Comar)mencipta alat pengira lain yangboleh melakukan semua kerja-kerjapengiraan –campur,tolak, dharab danbahagi –barulah keadaan berubah.
Pada masa yang sama, CharlesBabbage turut menghasilkan alatpengiranya sendiri dengan bantuankewangan kerajaan British. MesinBabbage merupakan yang pertamabersifat automatik dan ia digerakkandengan kuasa wap. 

Sejarah Mesin Pengira

Pada zaman dahulu ada seorang petani. Isteri petani itu sangat cantik, tetapi malas bekerja. Setiap hari dia hanyabersolek dan tidak peduli pada urusan rumah tangga. Petani itu pula seorang yang rajin. Namun begitu hidupnya tidaklahsenang. Hasil yang diperolehinya cukup untuk makan minum dia dan isterinya sahaja.
Isteri petani itu sentiasa merungut dengan kehidupan mereka. Dia mahu hidup yang lebih senang supaya dapat membeli alat solek,pakaian dan barang perhiasan yang mahal-mahal. Disebabkan asyik bersolek,si isteri tidak peduli makan danminumnya. Akhirnya dia jatuh sakitdan terus koma.
Petani itu meminta bantuandaripada dukun dan pawang.Malangnya, mereka tidak dapatmerawat isterinya.Petani itu tidak putus asa. Diasangat sayang pada isterinya. Olehitu dia menjual semua hartanya.Kemudian dia membawa isterinyayang koma itu dengan sebuahsampan. Tujuannya untuk mencariorang yang boleh merawat isterinya.
Setelah beberapa hari mudikke hulu sungai, lelaki itu bertemuseorang pawang.Dia memberitahu hajatnya padapawang itu.Pawang tersebut berasa simpati.Katanya, “Tusuklah jari kamu denganjarum. Kemudian titiskan tiga titikdarah dari jari itu ke mulut isterikamu.”
Petani itu melakukan seperti yangdisuruh. Selepas titik darah ketigadimasukkan ke mulut isterinya, siisteri tiba-tiba tersedar dan pulihseperti biasa.Petani tersebut sangat gembira.Dia memberikan semua wang yangdibawanya kepada pawang itu.
Kemudian dia membawa isterinyapulang.Isteri petani itu pula tidakgembira. Dia tahu suaminya kinisudah tidak berharta dan tidakmampu membeli alat solek, pakaiandan barang perhiasannya lagi.Tidak lama kemudian merekatiba di sebuah pelabuhan. Petani itusinggah untuk membeli makanan.
Isterinya pula menunggu di sampan.Ketika itu ada sebuah kapalberlabuh di tepi sampan itu. Seorangsaudagar kaya di atas kapal ituterpandang isteri si petani, lalu jatuhhati. Dia berkata pada perempuanitu, “Jika puan sudi mengikut saya,saya akan penuhi semua kehendakpuan.”
Isteri petani itu sangat teruja. Diamula berangan hendak menjadi isteriorang kaya tersebut.
“Baiklah, saya akan ikut tuan,”katanya. Tanpa berfikir panjang dianaik ke atas kapal saudagar itu.Apabila suami petani itu balik kesampan, isterinyamenjenguk dariatas kapal.
“Awak baliklah seorang. Sayahendak ikut buah hati baru saya. Diakaya dan mampu berikan apa yangsaya mahu,” kata wanita itu.
Petani itu tersinggung. Denganmarah dia berkata, “Dasarperempuan tak sedar diri. Sampaihati kau buat aku begini. Kalaubukan kerana tiga titik darahku,tubuh kau tentu masih terbujur kaku.”Isteri petani itu ketawa laluberkata, “Aku tak hairanlah dengandarah kau. Nah, aku bayar balik darahtiga titik itu sekarang.”
Kemudian dia mengambil jarumdan mencucuk jarinya. Dipicitnya jariitu sehingga darahnya keluar. Sebaiksaja titikan darah yang ketiga menitis,isteri yang derhaka itu jatuh lalu mati.Dia bertukar menjadi seekor nyamuk.Nyamuk itu kemudian menghisapdarah manusia dengan harapan iakembali menjelma menjadi wanitayang cantik.
Kononnya begitulah asal usulnyamuk.
Oleh:
Wahida Othman
Felda Sungai Tiang,
Pendang, Kedah

Asal Usul Nyamuk




Dia dihumban ke penjara maut.Selain dirinya, kira-kira 16,000 orang lagi dipenjarakan di situ, sebahagian daripadanya terdiri daripada kaum wanita dan kanakkanak. Seperti semua tahanan lain, dia dituduh sebagai penentang regim. Satu tuduhan yang dinafikannya berkalikali.

Tetapi di bawah regim Khmer Rouge, sekali tuduhan dikenakan ke atas anda, jangan harap anda boleh melepaskan diri.Lazimnya, anda dibicarakan bukan untuk mencari keadilan, tetapi untuk dihukum. Biasanya yang menanti hanya satu hukuman: mati!

Daripada 16,000 orang penghuni ‘penjara maut’ itu hanya dia dan enam orang lain yang terselamat. Dan yang menyelamatkannya ialah bakatnya dalam bidang seni lukis.Begitulah ‘tuah’ badan Vann Nath.

Dilahirkan pada tahun 1945 di Battambang dan dibesarkan di Wat Sopee, Van Nath datang dari sebuah keluarga miskin.Dia mempunyai dua adik-beradik lelaki dan seorang kakak.Ibu bapa mereka bercerai.Untuk menampung hidup keluarga Nath menjual ‘noop bangchop’ sejenis mi tempatan.

Nath bersekolah hanya seketika kerana terpaksa terpaksa berhenti akibat kesempitan hidup.Waktu di bangku sekolah itulah minatnya terhadap lukisan bertunas. Untuk membantu ibunya, pada usia 14 atau 15 tahun, Nath bekerja kilang dengan pendapatan antara 500-600 riel sebulan (kira-kira RM1).

Pada usia 17 hingga 21 tahun, dia menghabiskan usianya di wat dengan menjadi sami – satu amalan biasabagi penganut Buddha yang taat di Kampuchea. Setelah kakaknya meninggal, Vann Natt kembali tinggal bersama keluarga dan atas usahanya sendiri dia memasuki sebuah sekolah lukisan milik persendirian.Tetapi ketidakmampuan membayar yuran hampir saja menyebabkan pelajarannya tergendala. Mujurlah pihak sekolah bermurah hati membenarkannya bekerja di situ secara sambilan sebagai satu cara menjelaskan yuran.
Sebelum pemerintahan Khmer Rouge, Nath berumah tangga dan menjalani kehidupan sebagai pesawah. Pada masa yang sama dia terus melukis. Nasib Nath berubah pada 30 Disember 1977 apabila ditahan oleh askar-askar Khmer Rouge atas dakwaan cuba menggulingkan pemerintah dan menjadi ‘musuh rejim’.

Nath dibawa ke sebuah pusat tahanan dan di situ dia diseksa dengan berbagai cara. Pada 7 Januari tahun berikutnya, dia dihumban ke penjara Tuol Sleng , yang dikenali juga sebagai penjara S-21. Penjara itu yangpaling digeruni oleh rakyat Kampuchea sepanjang tempoh pemerintahan Khmer Rouge dan kerana itu ia diberi jolokan ‘penjara maut’.

Nath bernasib baik kerana sewaktu baru dibawa ke penjara itu seorang pengawal rejim mengesan bakat melukis yang dimilikinya.Dia dibawa bertemu penguasa penjara itu, Kaing Guek Eav atau dikenali juga sebagai Duch.Tertarik dengan bakat yang dimiliki oleh Nath, Duch menugaskannya melukis potret pemimpin besar Khmer Rouge, Pol Pot.Selain itu dia juga disuruh menyiapkan patung-patung pemimpin tersebut.

Dengan tugasan yang dipikulnya, Nath tidaklah diseksa dan didera seperti tahanan-tahanan lain. Namun hanyalah itulah sahaja ‘faedah’ yang diperolehinya. Selain itu dia tidak menerima sebarang keistimewaan lain. Dia terpaksa meringkuk bersama tahanan-tahanan lain dan menerima layanan harian yang sama seperti mereka.

“Keadaan di penjara itu tidak boleh dibayangkan.Kami hanya diberi tiga sudu the bubur nasi dua kali sehari.Kelaparan sentiasa mencengkam hingga ada kalanya saya terfikir hendak makan daging manusia,” cerita Vann Nath. Menurut lagi, disebabkan lapar, mereka sering makan apa saja serangga atau binatang yang jatuh dari siling.

Itu pun selalunya berebut-rebut dan di luar pengetahuan pengawal. “Jika pengawal tahu, kami akan dibunuh.”Menikmati bubur di tepi mayat merupakan perkara biasa. Kadang-kadang mayat itu telah reput dan berbau. Namun alah bisa tegal biasa.Ia tidak menjadi masalah kepada Vann Nath dan tahanan-tahanan lain, walaupun pada waktu mula-mula melalui keadaan itu mereka muntah dan tak berselera makan.

Seorang demi seorang rakan yangberkongsi sel tahanan dengan Vann Nathdibawa pergi dan dibicarakan.Selalunyamereka tidak kembali ke situ lagi sebabmereka dibawa ‘untuk bertemu denganajal’ masing-masing.

Pada Januari 1979, setelah genapsetahun Nath berada di S-21, regim PolPot berjaya ditumbangkan oleh tenteraVietnam yang menyerang Kampuchea.Nath mengambil kesempatan itu untuklari dari penjara.Dia kembali ke Battambang untukberjumpa dengan isteri dan keluarganya.Ketika itu jugalah Nath diberitahu duaanak lelakinya meninggal dunia semasadia di dalam tahanan.

Nath kemudian kembali ke PhnomPenh dan seterusnya ke S-21.Kali inibukan sebagai tahanan, tetapi untukmerakamkan pengalaman menyaksikankekejaman Khmer Rouge ke ataskanvas.Dia melukis semula segalaadegan-adegan seksaan yang pernahdisaksikan dengan matanya sendirisemasa di kampung dan setelahdihumban ke S-21.

Pemerintah baru mengubahsuai S-21dan menjadikannya sebagai MuziumPembunuhan Beramai-ramai.Ia dibukakepada umum pada tahun 1980.Dan lukisan-lukisan Nath tuut dipilihmenghiasi muzium itu.Nath kemudian meneruskanhidupnya sebagai pelukis, di sampingmengusahakan sebuah restoran.Masanya juga banyak dihabiskan untukmemperjuangkan hak bekas-bekasmangsa kezaliman Pol Pot, di sampingterlibat dalam penerbitan filem danpenulisan buku mengenai kehidupan dibawah Khmer Rouge.

Nath meninggal dunia pada 4 September2011 setelah lama menderita pelbagaipenyakit kronik termasuk sakit buahpinggang.Kira-kira tiga bulan setengahsebelum itu dia dianugerahkan ijazahkehormat Doktor Falsafah oleh Universityof Paris VIII.

Lukisan jadi penyelamat

MathiasAcher

Kita sering mendengar istilahZionis yang sering dikaitkandengan seribu satu bentukagenda-agenda jahat, bukan sahajake atas Palestin tetapijuga terhadap wargadunia keseluruhannya.Kita juga seringmenganggap semuaYahudi itu Zionis.Sebenarnya tidak.

Zionisme merupakansebuah gerakan politikdan bukan semua Yahuditerlibat dengannya.Gerakan jahat inibermatlamat untukmembawa semua Yahudi kembali keZion, bukit di mana terdirinya KotaJerusalem.Gerakan ini wujud sejak ribuantahun dahulu, tetapi bangkit secararasmi pada sekitar abad ke-19. Pada
mulanya ia mahu mendirikan sebuahnegara Yahudi di Afrika, tetapikemudian mengubahnya ke bumiPalestin yang ketika itu diketuai olehEmpaya Uthmaniyyah.

Istilah Zionis buat pertama kalinyadipakai oleh perintis kebudayaanYahudi Mathias Acher (1864-1937) dan gerakan ini kemudiandiorganisasikan oleh beberapa tokohYahudi lain seperti Dr. TheodorHerzl dan Dr. ChaimWeizmann.Dr. Theodor Herzlmenyusun doktrinZionisme sejak 1882yang kemudiandikemaskinikan
sebagai suatu sistemdalam bukunya “DerJudenstaat” (NegaraYahudi) pada tahun1896. Doktrin inidikonkritkan melaluiKongres Zionis Sedunia pertama diBasel, Swiss, tahun 1897.Setelahberdirinya negara Israel pada 15 Mei1948, maka matlamat asal Zionisuntuk menegakkan sebuah negaraYahudi diubah kepada menjadipembela negara baru itu.

Persidangan PBB mengeluarkanResolusi 3379 pada 10 Disember1975, yang menyamakan Zionismedengan diskriminasi perkauman.Tetapi pada 16 Disember 1991,resolusi tersebut telah ditarik balik.

Apa itu Zionis?

Kemarahan atau lebihtepat kebencianBarat terhadap bekaspemerintah Libya –Muammar Gaddafi –mempunyai sejarah yang panjang.Begitu juga sebaliknya.Didorong oleh kebencian ituBarat sentiasa memberi gambaranGaddafi sebagai diktator, tyrani,pengamal kuku besi dan seribu satugelaran lain seumpamanya.Kerana itu jugalah Baratberusaha seribu cara untukmenjatuhkan Gaddafi dandipercayai turut memainkanperanan menanam danmenyemarakkan kebencian rakyatterhadapnya.Di sebalik gelaran-gelaran burukyang diberikan itu, Barat tidak bolehmenafikan hakikat bahawa Gaddafitelah memacu Libya menjadisebuah negara kaya yang maju danmakmur.

Sebelum dikenakan sekatanantarabangsa pada tahun 1980-an,Libya merupakan salah sebuahnegeri terkaya di dunia daripadasegi perkapita dengan taraf hidupyang lebih tinggi daripada Jepun.Sehingga sebelum tercetusnyarevolusi yang menumbangkanGaddafi, negara itu masihmerupakan yang terkaya di
Afrika dengan perkapita rakyatnyaAS$11,314.

Barat juga menyembunyikanbanyak fakta-fakta mengenaikebaikan Gaddafi.Yang ditonjolkanhanyalah keburukannya sematamata.Memang benar Gaddafimengumpulkan kekayaan bernilaiberbilion dolar hasil pemerintahannyaselama 42 tahun. Namun padamasa yang sama beliau tidakmengabaikan rakyat Libya.

Berikutadalah beberapa contoh nikmat yangdikecap oleh rakyat Libya di bawahpemerintahan Gaddafi.
• Rakyat Libya tidak perlumembayar bil elektrik untukkegunaan kediaman.Ia percumakepada semua orang.
• Tidak ada faedah ke ataspinjaman. Bank-bank di Libyadimiliki oleh pemerintah danpeminjam dikenakan 0% faedahke atas setiap pinjaman.
• Setiap pasangan yang baruberkahwin di Libya diberi60,000 dinar oleh kerajaanbagi digunakan untuk membelikediaman mereka yang pertama.
• Pendidikan dan perubatanpercuma kepada semua rakyat.
• Jika seseorang rakyat Libyamemilih untuk bertani, kerajaanakan memberikan kepadanyatanah, rumah ladang, peralatan,biji benih dan ternakanuntuk memulakan usaha itu.Semuanya secara percuma.
• Kerajaan memberi subsidi 50peratus ke atas pembelian keretabaharu oleh setiap rakyat Libya.
• Bagi setiap anak yang dilahirkansi ibu akan menerima wangganjaran AS$5,000 daripadakerajaan.

Dan banyak lagi nikmat lain.Gaddafi menganggap rumahadalah hak asasi rakyatnya dandia pernah bersumpah tidak akanmemiliki rumah sehinggalah semua
rakyat Libya memilikinya. Sebabitulah ketika bapanya meninggaldunia pada tahun 1985, Gaddafisekeluarga, termasuk ibu danbapanya masih tinggal di dalam
khemah.

Sebelum pemerintahan Gaddafihanya 25 peratus rakyat Libya yangcelik huruf.Kini angka itu meningkatkepada 83 peratus.Malah 25 peratuswarga negara itu memiliki ijazah.Melihat pada apa yangdisumbangkannya kepada Libya,banyak pemerhati yang liberalbersependapat bahawa Gaddafimerupakan diktator yang palingpemurah di dunia.

Masalah dengan pemimpin yangmenggelar dirinya ‘Raja Segala Raja’itu ialah beliau bersikap terlalu kerasterhadap penentangnya.Beliauseolah-olah mengamalkan dasarmemberi rakyatnya makan kenyang-kenyang,tetapi kemudian menutupmulut mereka daripada bersuara.Tindakan-tindakan melampauyang dikenakan ke atas parapenentang dan tertutupnya ruanguntuk rakyat bersuara menyebabkanbertunasnya rasa tidak puas hatiterhadap kepimpinannya.

Perasaanitu menjadi seperti dalam sekam dania akhirnya marak membakar seluruhLibya.Rakyat yang merasa resah dantertekan kerana hak-hak merekadari segi demokrasi disekat bangkitmeluahkan kemarahan.Dankemarahan itu menenggelamkansegala kebaikan Gaddafi.

DITAKTOR yang Pemurah



SIAPAKAH GADDAFI?
Puak Qadhdhfa bukanlah puak yang berpengaruh di kalangan puak-puak Arab Badwi.Mereka hanya kelompok kecil dan kebanyakannya bekerja sebagai penternak, khususnya di sekitar kawasan Oasis Hun.Tetapi puak Qadhdhfa terkenal dengan semangat juang yang tinggi.Mereka juga terkenal taatnya kepada bumi Libya.
Melihat pada sejarah dan latar belakang puak itu, maka tidaklah menghairankan apabila di kalangan mereka muncul satu nama besar, yang besar juga pengaruh dan peranannya ke atas lanskap politik dunia, khususnya di rantau Afrika dan Arab.
Nama ialah Muaamar Gaddafi. Dilahirkan di bawah teduhan sebuah khemah di tengah-tengah gurun berdekatan Sirte (Sidra) pada 7 Jun 1942, Gaddafi atau nama penuhnya Muammar Muhammad Abu Minyar al-Gaddafi datang daripada sebuah keluarga pejuang. Datuknya, Abdessalam Bouminyar merupakan salah seorang pejuang barisan depan yang menentang pendudukan Itali di Libya. Bouminyar terlibat dalam pertempuran pertama melawan Itali pada tahun 1911. Menurut Gaddafi, datuknya adalah syuhada pertama dalam pertempuran itu. Bouminyar gugur di Khoms. Bapa Gaddafi, Abu Minyar, atau disebut juga seorang pejuang yang pernah bertempur menentang askaraskar Itali. Abu Minyar meninggal dunia pada tahun 1985 ketika Gaddafi sedang berada di puncak kuasa.
Seperti kebanyakan pemimpin Arab lain, Gaddafi menampakkan kebencian terbuka terhadap Israel.Namun di sebalik itu pernah timbul dakwaan bahawa dia juga sebenarnya mempunyai darah Yahudi.Dua wanita Israel pernah muncul di setesen televisyen Israel, Channel 2 dan mendakwa mereka mempunyai hubungan darah yang rapat dengan Gaddafi.
Salah seorang wanita itu, Guita Brown mendakwa dia adalah sepuluh Gaddafi. Anak Brown, Rachel Saada pula menceritakan melalui setesen televisyen tersebut bagaimana emak kepada neneknya yang berketurunan Yahudi bercerai dan berkahwin dengan seorang lelaki Islam, yang dipercayai datuk Gaddafi.
Brown turut muncul di setesen televisyen INN dan mengulangi dakwaannya itu. Gaddafi menerima pendidikan awal di sebuah sekolah di Sabha yang jaraknya agak jauh dari kediaman keluarganya.Sejak kecil lagi dia dikatakan telah menunjukkan minat luar biasa terhadap politik, khususnya yang membabitkan dunia Arab.
Gaddafi dikatakan sangat kecewa apabila Palestin dikalahkan oleh Israel pada tahun 1948, walhal ketika itu umurnya baru enam tahun! Anak kecil itu juga sangat meminati presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser.Apabila Nasser menduduki kerusi presiden pada tahun 1952 – tatkala Gaddafi baru berusia sepuluh tahun – dia sudah mengisytiharkan presiden Mesir itu sebagai heronya.
Seawal usia 14 tahun, semasa terjadinya Krisis Terusan Suez, Gaddafi terlibat dalam tunjuk perasaan anti-Israel yang dianjurkan oleh sekumpulan rakyat Libya. Gaddafi menamatkan pendidikan menengahnya secara persendirian melalui seorang tutor di Misrata dengan pengkhususan dalam subjek sejarah.
Anak muda berbadan sasa itu kemudiannya memasuki akademi tentera di Beghazi pada tahun 1961. Di Libya, seperti juga di kebanyakan negara Arab lain, kemasukan ke akademi tentera dan kerjaya sebagai pegawai tentera suatu ketika dahulu hanya eksklusif untuk golongan pertengahan ke atas. Tetapi selepas negara-negara itu merdeka, peluang muka dibuka kepada semua peringkat termasuk mereka yang datangnya daripada keluarga berpendapatan rendah.
Bagi kebanyakan rakyat biasa Arab pula, termasuk di Libya, karier sebagai anggota tentera akan membuka peluang kepada mereka untuk mendapat pendidikan lebih baik, di samping memperbaiki ekonomi keluarga dan status sosial. Gaddafi menamatkan pengajian di akademi itu pada bulan Ogos 1965.Dia berpeluang mengikuti kursus lanjutan selama empat bulan di United Kingdom.
Dan penghinaan yang diterima semasa berada di bumi Orang Putih itulah yang banyak mempengaruhi sikapnya pada kemudian hari sehingga menjadikan dia seorang pemimpin yang terkenal dengan semangat anti-Baratnya.

YAHUDI? Benarkah GADDAFI berdarah


William Kellie Smith dilahirkandi Kellas, berdekatan Dallas, timurlaut Scotland pada 1 Mac 1870dalamsebuahkeluargapeladang.Seawalusia 20 tahunanakmudaituberangkatke Malaya untukmengaduuntung.
Tidaksiapa yang tahukenapaMalaya menjadipilihannya.Yangpasti, diatidaktersilappilih.Tuahnyamemangada di sini.Selepasmencubanasibdalambeberapaperniagaan di Malaya,Smith bertemudenganseorangahliperniagaan, Alma Baker.Bakerketikaitubarusajamendapattender membinabeberapabatangjalanraya di selatan Perak.Smithditawarkanmenjadirakankongsidanhasilperkongsianitu Smithmemperolehkeuntunganbesarsehinggamembolehkannyamembelisebidangtanahseluas 900 ekar disuatukawasanberdekatanBatuGajah.Tanah yang luasitudijadikanladanggetah.Smith turutmembinakediamannya, yang dinamakanKinta Kellas di situ.
Padatahun 1903, usahawanmudayang bertambah kaya itukembalikeScotland untukberkahwindenganAgnes, buahhatinyasejakwaktubelumberhijrahke Malaya dahulu.Smith kemudiannyamembawaisterinyaituke Malaya danmenetapdi Kinta Kellas.
Setahunberikutnya, pasanganitudikurniakanseorangbayiperempuan yang diberinama Helen.Smith gembiradengankelahiranitu.Namunpadamasa yang samadiaberharapakandikurniakanseoranganaklelaki pula.
Malangnyaharapan Smith itulambattercapai.Agnes terpaksamenantiselama 11 tahunsebelummengandungsemula.Begitu pun,pasangantersebuttetapbernasibbaikkeranaanak yang dilahirkanoleh Agnes adalahseoranglelaki.Smith terlalugembiradengankelahirananakitu, yang diberinama Anthony. Sebagaitandakegembiraandankesyukurannya,Smith merancanguntukmembinasebuahistanaberdekatankediamanasalnya, khususuntuk Anthony.
Dari mula Smith sebenarnyaseorang yang sangatterujadenganagama danbudaya Hindu sertasenibina India.Olehitudiamahuistanayang bakaldibinanyamempunyaikesemuaelementersebut.
Bagitujuanitu, Smith menggunakantenagakerja yang dibawamasukdari India.Seramai 70 orang pekerja,kebanyakannyadari Madras diupahuntukmenyiapkanistanatersebut.Bahan-bahanbinaan, sepertibatubatadanmarmarjugasebahagianbesarnyadiimpotdari India.
Smith turutmengarahkansupayasebuahruanglifdibina di istanatersebutdanjikaiasempatdipasang, lifitumerupakan yangpertama di Tanah Melayu.Kerja-kerjapembinaanitubagaimanapuntidaklancarselepasseorang demi seorangpekerjamenghidapsejenispenyakitmisteri– yang kemudiannyadikenalisebagai ‘Spanish Flu’.
Tidaksedikitpekerja yangterkorbanakibatpenyakitmisteriitu.Mungkinakibat mala petakaitulah, istana Kellie tidaksempatdisiapkansepenuhnyawalaupunpembinaannyaberjalandalamtempohhampir 10 tahun.
Kira-kira 1.5 kilometerdariistanaituterdapatsebuahkuil yangjugadibinaoleh Smith.Ada yangpercaya, kuilitumerupakantandaterimakasih Smith kepadaTuhankeranamengurniakannyaseoranganaklelaki.Bagaimanapunadapendapatlainmengatakanpembinaankuiltersebutadakaitandenganpenyakitmisteri yangmenyerangpekerjapekerjaSmith. AdapihakdikatakanmenasihatinyasupayamembinasebuahkuilHindu sebagaisuatubentukpersembahankepadaparadewa.Smith segeramengarahkanpekerjanyamembinakuilberkenaan, tidakjauhdarilokasiistananya.Merekajugadikerahmengorekterowongbagimenghubungkanistanadengankuiltersebut.
Terowong yang dipercayailalu di bawahperutsungaiitukekaltersembunyiuntuktempoh yang lama.Iahanyaditemuisecarakebetulanpadatahun 2003 semasakerja-kerjamembinajalanBatu Gajah-Gopengdijalankan.
Padatahun 1926, Smith berangkatke Britain dankemudianke Lisbon.DipercayaidiakeibunegaraPortugisituuntukmengambillifbagidipasang di istananya.BagaimanapunpadabulanDisembertahun yang sama, Smith jatuhsakitlalumeninggaldunia. Agnes, yang berdukacitadengankematiansuaminyasegeramembawaanak-anaknyabalikke Scotland.Istana danseluruhladangmiliksuaminyadijualkepadasebuahsyarikat, Harrisons and Crossfield.Sejakitu Agnes tidakpernahlagikembalike Istana Kellie.Begitujugadengananak-anaknya, Helen dan Anthony.Dan istanaitusemakinkehilangan ‘tuannya’ apabila Anthony yang diharap-harapkanoleh Smith sebagaipenyambunglegasinyaterbunuhdalamPerangDuniaKedua.

Lambang kasih seorang bapa



Telahbanyak yang ditulismengenai Kellie’s Castle atau Istana Kellie, tetapiceritamengenaimisteri yang menyelubunginyabagaikantidakpernahhabis.
Bagimereka yang menggemarimisteri, istanaseparasiap yang tersergam di bukitkecil di tepijalanBatu Gajah-Gopengitudilihatsebagaisentiasamenyembunyikansesuatu.
MerekaterusterujadenganceritaceritamengenaihantulelakiInggeris yang mundar-mandir di koridortingkatduaatauhantuwanitaInggeris yang berblausputihdanberambutikalbergentayangan di ruang yang sepatutnyamenjadikamartidur.Begitujugadenganbunyidanbausetanggidariarahtempat yang dahulunyamenjadikandangkuda.Minatmerekamenjadilebihtebaldenganadanyapenemuanterowongterowongbawahtanah di istanaitu.
Bagipeminatsenibina pula, bangunanistanasetinggienamtingkatitudilihatdenganperspektifberbeza.Bangunan yang kaya denganimej-imejsenibina Moorish danseniukirGrecon Roman itumemangmemukau.Apatahlagidengankeutuhanbahanbinaannya yang bagaikantidakdimakanusia.
Bingkaitingkapdaripadakayucengalnyasahajasudahcukupmempesonakan.Iasedikit pun tidakterjejas, masihelokdansepertibaharu.
Yang menariknya, istanainidipenuhiruang-ruangkecildantanggatangga yang mengundangbanyaktandatanya. Sebahagianruangtanggamisalnyaterlalusempit.
Iaseakansengajadibuatbegitubagimembolehkanpenghuninyamempunyaibanyaktempatuntukbersembunyi.
Untukmereka yang menyintaiketenanganalamtentumembayangkanbetapabahagianyakalaudapattinggal di istanaitusuatuketikadahulu.TanpajalanBatu Gajah-Gopeng yang melintang di hadapannya, tanpatempatletakkeretauntukpengunjung, tempatitutentusahajacukupdamai.Bayangkanlahsebuahistana, di atasbukit yang di bawahnyamengalirsungai yang tenangdanjernih!
Kini, dengankehadiranjalanBatu Gajah-Gopengdantempatletakkeretaawamitu pun, tempatitukekaltenangdandamai.
Iadibukasabanhari, daripukul 9 pagihingga 9 petang. Setiappengunjungdikenakanbayaran RM4.Selagitidakmelepasipukul 6 petang, andabebasberadaberapa lama pun di kawasanistanaitu.
Malangnyaterlalusedikitsebabuntukandaberlama-lama di situ.Selainbangunanistana, dansebatangpokok yang dilabelkananehhanyakeranaadanya ‘wajahberuang’ yang terbentuksecarasemulajadi, tiadabenda lain di tempatitu. Ada sebuahkafe, tetapiianampaknyatelah lama tidakberoperasi.
Istana tersebutsebetulnyabolehdijadikandestinasipelancongan yang lebihmenarikjikadisokongdenganproduk-produksisipan yang bersesuai.ApalahsangatMakamMahsuri di Langkawikalauhendakdibandingkandenganistanaitu.Namunkreativitipihakpengurusannyamenjadikanmakamtersebutsangatberbaloiuntukdikunjungi.Memasukikawasannyasahajasudahcukupuntukmenyebabkanandateringinberada lama di situ.
Lain halnyadengan Istana Kellie.Jikaandamembawaanak-anakbersama, ayatpertama yang mungkinandadengarselepassepuluhatau lima belasminitberada di dalamnyaialah, ‘jombalik!’.

Terbela tetapi tak sempurna

Friday, 18 November 2011

BORANG PENYERTAAN PERSONALITI PILIHAN Anda mempunyai visi hidup? Berketerampilan menarik dan ingin berkongsi minat serta pandangan mengenaiisu-isuse masa? Mungkin andalah yang kami cari untuk mengisi ruangan ‘Personaliti Pilihan’.Ruangan ini terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan. Mudah sahaja, anda hanya perlu melengkapkan borang dibawah, kepilkan bersama dua keping gambar (1 penuh, 1 close-up) dan hantarkan penyertaan anda ke alamat: Karya Hidayah Sdn Bhd, No. 56-1, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS1/50, Petaling Utama, 46150, PetalingJaya, Selangor. Atau email kanterus kepada: untuk1 suara@gmail.com dengan attachkan bersama gambar dan butiran dibawah.Setiap penyertaan tersiar akan mendapat saguhati eksklusif daripada akhbar1 Suara.
Nama Penuh:
Umur:
Alamat Menetap:
Email/ Facebook :
No.Telefon :




Sila kirimkan karya anda  berbentuk cerita pendek, pantun, sajak, teka-teki, lukisan dan kartun untuk dikongsi bersama kepada :
TintaAnak Felda,
1Suara, No.56-1,PetalingUtamaAvenue,Jalan PJS 1/50, TamanPetalingUtama, 46150, PetalingJaya, Selangor,.Atau emel kepada: untuk1suara@gmail.com

Surat Menyurat

Memperkenalkan insentif untuk top referrer kepada portal berita 1Suara. 1. Insentif ini istimewa untuk blog yang memberi top referrer mengikut pengiraan Google Analytics. 2. Setiap bulan 10 blog yang mendapat pengiraan tertinggi layak menerima insentif ini. 3. Insentif ini bermula 15/8/2011 sehingga dimaklumkan kelak. 4. Bayaran akan dibuat setiap 15hb bulan berikutnya. 5. Setiap bulan pihak kami akan menghantar emel kepada mereka yang berjaya. 6. Hanya perlu like Fanpage Facebook dan follow Twitter 1Suara. 7. Semua blogger Malaysia layak tanpa mengira ranking. 8. Setiap 1 trafik yang disumbangkan ke portal berita 1Suara akan dibayar RM0.03 o Blog yang menyumbang 1,000 trafik maka insentifnya 1,000 x RM0.03 = RM30 o Blog yang menyumbang 10,000 trafik maka insentifnya 10,000 x RM0.03 = RM300 9. Emel butiran peribadi seperti nama penuh,no kad pengenalan dan alamat blog ke 1Suara@gmail.com untuk proses pendaftaran. 10. Pihak 1Suara berhak meminda syarat-syarat di atas pada bila-bila masa.

RAKAN FELDA

Seperti lelaki-lelaki lain,kita tentunya mengaku diri kita ini lelaki. Tetapi betulkah kita lelaki dalam erti kata sebenar? Kalau bukan, bagaimana hendak menjadi lelaki sebenar? Tip-tip berikut mungkin boleh  membantu:
Membuat Keputusan Yang BetulLelaki sejati tahu menggunakan kuasanya untuk membuat keputusan. Dia tahu bahawa dialah yang mencorakkan kehidupannya sendiri. Dia juga tahu hidupnya akan menjadi tepu dan tidak bermakna jika dia membuat keputusan yang salah, dan begitu jugalah sebaliknya.
Jadi, apabila hendak membuat kepu- tusan, seseorang lelaki sejati akan membuka pintu yang dikehendak- inya dan menutup semua pintu dan tingkap lain yang tidak dikehendaki. Seperti peluru berpandu, ia akan memusatkan tumpuan pada sasaran. Dia tahu tiada sebarang jaminan dia akan sampai tepat ke sasaran itu, namun sebagai lelaki sejati, dia tidak memerlukan jaminan. Baginya sudah cukup jika dia menekan punat dan terus menuju ke situ.
Tidak Mengutamakan Hubungan Peribadi
Jika seseorang lelaki berkata pada pasangannya, awaklah segala-galanya dalam hidup saya’, dia sebenarnya bukanlah lelaki sejati. Sebaliknya,  dia adalah orang yang meletakkan kesetiaan di tempat yang salah.
Seorang lelaki sejati tidak akan me- nilai orang lain lebih tinggi daripada diri dan integritinya sendiri. Dia tidak akan berkompromi  dengan cara mengorbankan matlamatnya sendiri semata-mata kerana hendak men- jaga hati orang lain, tidak kiralah berapa sayangnya kepada orang itu.
Bersedia Untuk Gagal
Lelaki tulen adalah seorang yang bersedia untuk berbuat silap. Dia tidak takut gagal, sebaliknya
dia bersedia mencuba dan terus gagal dalam apa sahaja.
Aset terbesar seorang lelaki ialah percaya pada diri sendiri.  Lelaki- lelaki yang bijak akan menjangkakan kegagalan, tetapi sama sekali tidak akan takut untuk menghadapinya. Merekabersedia berhadapan dengan kegagalan itu dan cuba pula menguruskannya dengan betul.
Sejarah menunjukkan lebih ramai lelaki yang bangkit daripada kegagalan berbanding yang muncul daripada timbunan kejayaan.

Berkeyakinan
Lelaki tulen bercakap dan bertindak dengan penuh yakin. Dia mengua- sai dirinya sendiri. Lelaki seperti  ini sedar dia bukan penentu mutlak terhadap kejayaannya. Dia juga akur peranan takdir dan kuasa persekitaran, yang kadang-kadang tidak memihak kepadanya. Namun diatidak akan menyerah kalah. Dia akan mengangkat bendera putih pada takdir, jika perlu, tetapi diatidak akanmengaku kalah pada ketakutan dan kebimbangan.

Berani Meluahkan PerasaanLelaki sejati haruslah menjadi pemberi cinta, bukannya penerima yang pasif. Mereka akan memulakan perbualan, mereka juga yang pertama meluahkan perasaan. Seorang lelaki yang menanti pihak lain (dalam hal ini pihak perempuan) memulakannya bukanlah lelaki yang boleh diharap. Orang seperti itu rendah tahap keyakinannya dan mungkin akan menghadapi masalah dalam melaksanakan tugas sebagai seorang ketua keluarga.

Pandai Mengawal Nafsu
Lelaki sebenar tidak akan menyembunyikan keinginan seksnya. Tetapi dia juga tidak akan menyalahgunakannya.
Lelaki-lelaki ini akur bahawa mereka dan seks adalah sesuatu yang sukar dipisahkan. Namun mereka tidak akan membiarkan nafsu itu menguasai diri. Sebaliknya mereka berusaha menyalurkannya ke otak dan hati; bagi menjadikannya lebih bernilai bukannya membiarkan ia membarahi sehingga menjadikan mereka seperti seekor haiwan.
Dengan penyaluran yang betul itu mereka akan menjadi lebih proaktif,lebih bersemangat dan lebih berkeyakinan.

Berani Menghadapi KetakutanSetiap lelaki mempunyai ketakutannya, baik yang tampak nyata mahu pun yang tidak. Dan ketakutan inilah yang telah ‘membunuh’ ramai lelaki.
Seorang lelaki tulen tidak akan mengelak daripada apa yang ditaku- tinya. Dia akan mendepaninya. Dia tahu hanya dengan cara itu dia akan menjadi lebih berani dan lebih baik.

Bagaimana menjadi lelaki sejati?

DARI ISA KE MAZLAN ALIMAN
‘Tak habis-habis pusing cerita.’‘Mereka yang melalak ini bukannya dikalangan peneroka, tetapi orang luar yang kononnya memperjuangkan hak peneroka.’Itu antara kesimpulan yang dibuat oleh blog perisikrimba (http://perisikrimba.blogspot.com) dalam entrinya yang bertajuk ‘Rampasan KUASA dalam FELDA’.

Blogger berkenaan secara ringkas tetapi padat membidas sikap pihak dan blogger pro-pembangkan gyang terus-menerus menyebarf itnah kononnya Tan Sri Mohd Isa Samad merampas kedudukan sebagai pengerusi Koperasi Peneroka Felda (KPF). Bagi blogger berkenaan, mereka itu hanya sekadar penonton yang membuat bising di dalam panggung.

Penonton jenis ini, katanya, memang selalu seronok mengkritik dan mencari salah orang. Jalan cerita tak beslah, pelakon kakulah, skrip tak baguslah dan macam-macam lagi sedangkan mereka tak tau apa-apa pun pasal filem.

Biar berapa banyak pun penjelasan dibuat mengatakan tiada berlaku sebarang rampasan kuasa, namun puak yang dilabelnya sebagai ‘perosak’ ini akan tetap membuat bising. Blog pisaunet (di http://www.pisau.net) pula memaparkan enteri yang menarik pada 11 Oktober lalu apabila menyentuh mengenai Mazlan Aliman(gambar), ahli jawatankuasa PAS Pusat yang menjadi pengerusi ANAK itu. Menurut pisau.net, para peneroka Felda Bukit Besar, tempat tinggal Mazlan, rata-ratanya berpuas hati selepas pembentangan bajet 2012 oleh Perdana Menteri.

“Mereka menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan PM mahu Felda disenaraikan di Bursa Saham melalui Felda Global Venture Holdings,” tulisnya.“Inilah yang membengkakkan hati Mazlan.Pelbagai dakyah gagal sama sekali mempengaruhi peneroka kerana hampir semuanya yakin dengan kepimpinan PM,” tambahnya.

Pisau.net seterusnya menulis, “Kalangan mereka menyuarakan agar Mazlan menghentikan dakyah pembohongan dan membuat tuntutan tidak munasabah. Bayangkan (mereka) yang tinggal di kawasan Mazlan sendiri tidak terpengaruh dengan dakyah beliau.”

Di blog kafelda (http://kafelda.blogspot.com) pula ditimbulkan persoalan mengenai kenapa wujud kalangan penerokater tentu yang cenderung menyaman Felda. Sambilan tidak menafikan peranan penghasut, blogger berkenaan turut bertanya mengenai rasional di sebalik tindakan itu. Blogger itu menulis, apa-apa pun kepentingan peneroka yang PM utamakan dari kepentingan individu sebab itulah beliau merangka dan melaksanakan pelan tranformasi ini. Usaha untuk menaikkan taraf hidup peneroka FELDA sentiasa di
fikiran beliau kerana itulah amanah dan wasiat yang telah beliau ambil alih dari ayahanda beliau.

Mana mungkin PM hendak menghancurkan impian warga FELDA khasnya dan harapan Allahyarham Ayahandanya.......

DARI ISA KE MAZLAN ALIMAN

TAN SRI ISA SAMAD
Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengenai penyenaraian Felda Venture Holdings (FGVH) semasa pembentangan Bajet  2012 baru-baru ini menarik perhatian semua warga Felda. Ia menimbulkan banyak pandangan, andaian dan tidak kurang juga tandatanya dikalangan mereka. Sehubungan dengan itu Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Hj Abdul Samad telah memberikan penjelasan panjang lebar mengenai isu tersebut melalui rancangan Soal Jawab yang disiarkan oleh TV3.

 Berikut adalah transkrip penuh soal jawab antara pengantara program tersebut, DatukAhmad Talibdengan

Tan Sri Isa dalam rancangan yang disiarkan pada 12 Oktober 2011 itu.
 
S: Saya nak bertanya mengenai dua perkataan yang disebut oleh Datuk Seri Najib dalam Bajet 2012 iaitu ‘durian runtuh’.Saya minta Tan Sri perjelaskan mengenainya.

J: Seperti kita sedia maklum, Perdana Menteri nyatakan pada Jumaat lalu (semasa membentangkan Bajet 2012 pada 4 Oktober 2011), secara ringkasnya boleh saya katakan apabila FGVH ini disenaraikan ke Bursa Malaysia, tentu ada beberapa unsur yang boleh memberi keuntungan balik kepada para peneroka. Dari segi angka, saya tidak dapat sebut, tapi saya yakin dan percaya, kita telah beri mandat kepada Perdana Menteri sebagai menteri yang menjaga FELDA untuk umumkan nilai dan jumlahnya. Buat masa ini itu saja yang boleh saya sebut.

S: Bila boleh dinikmati durian runtuh itu?

J: Saya kira dalam pertengahan tahun depan, insyaAllah apabila penyenaraian ini dimuktamadkan, kita dapat tentukan angka dan jumlah yang akan diberikan kepada peneroka yang juga ahli KPF.

S: Peneroka pasti hendak tahu, agak- agaknya jumlah itu boleh ke beli rumah, tanah atau pergi haji, adakah jumlah itu mencukupi?


J: Saya tidak boleh nyatakan sebab kita masih dalam proses pengiraan dan proses itu belum dimuktamadkan. Apabila sudah babitkan semua aspek proses penyenaraian, baru kita dapat beritahu.

S: Bagi mereka yang duduk dalam FELDA dan berkecimpung dalam tanah rancangan, apa kriteria yang melayakkan mereka untuk menerimanya?

J: Konsep dihasratkan Perdana Menteri dari aspek penyenaraian ini, nikmat daripada pasaran saham ia mesti terus diperolehi peneroka, sebab itu kita ambil KPF sebagai suatu alat untuk salurkan, dari situ,penyaluran sama ada duit tunai, saham dan sebagainya dilakukan.

S: Jika tidak silap saya, semua peneroka FELDA menjadi ahli KPF. Bagaimana dengan kedudukan generasi kedua dan ketiga, adakah mereka boleh jadi ahli KPF?

J: Ahli mestilah daripada keluarga pertama, iaitu membabitkan 112,635 keluarga dengan maksimum saham berjumlah RM250,000. Anak-anak mereka boleh tambah saham menerusi ibu bapa masing-masing.

S: Satu isu yang dibangkitkan peneroka, bagaimana dengan tanah mereka. Mereka hendak tahu adakah penyenaraian itu akan babitkan tanah mereka atau macam mana?

J: Dalam penyenaraian ini, tanah kebun mereka kita tidak usik, itu hak mereka yang sebahagian besar sudah dapat geran dan sebahagian lagi dalam proses mendapat geran, yang kita niagakan ialah tanah milik FELDA.

S: Maknanya milik mereka tak diusik?

J: Ya,tidak diusik langsung.

S:Adakah pengurusan FELDA akan beri penerangan kepada peneroka untuk menjelaskan kedudukan sebenar perkara ini?

J: Mulai minggu depan, kita akan panggil para pemimpin peneroka jelaskan kedudukan sebenar sebab mereka ini dapat cerita saja, pelbagai ramalan dan tafsiran tambahan pula daripada mereka yang menentang kerajaan dan ada tujuan politik sehingga ada yang terpedaya. Saya harap dengan peranan media sedikit sebanyak akan dapat bagi penjelasan dan menghilangkan keraguan para peneroka.

S: Dalam warga FELDA ada waris meninggal dunia, adakah mereka mendapat nikmat daripada usaha penyenaraian?


J: Daripada segi pewarisan, kita ikut hukum Islam,sistem faraid, jika keluarga selesai dari segi hukum, kita buat urusan ikut hukum.

S:Apabila berjumpa dengan warga FELDA, apa soalan yang diajukan mereka?


J: Antara perkara yang Datuk sebut tadi, sama ada tanah mereka terbabit atau tidak, apa bentuk durian runtuh dansaya kata itu kena tunggu Perdana Menteri buat pengumuman bila sampai masa dan ketikanya.Ada juga timbulkan persoalan saya sebagai pengerusi KPF kerana ada yang tak faham. Bukan saja di kalangan peneroka, tetapi begitu juga pegawainya sebab mereka mendapat maklumat yang kurang tepat.Saya percaya dengan penjelasan ini, tidak ada siapa yang akan tolak cadangan penyenaraian ini kerana ia memberi faedah kepada peneroka.

S: Tan Sri Pengerusi FELDA yang hendak laksana KPF, dimana timbul pertikaian itu?

J: Isu yang timbul kerana saya menjadi Pengerusi KPF.Ketika ini Pengerusi KPF ialah Pengarah Besar, tetapi oleh kerana hendak laksana proses penyenaraian, maka dari segi urus tadbir yang baik, mestilah satu orang yang tidak ada kuasa eksekutif. Sepatutnya Datuk Dzulkifli Abd Wahab sebagai Pengarah Besar ketika ini jadi Pengerusi atau Datuk Sabri Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif PGVB, tapi kedua-dua mereka ada kuasa eksekutif.Apabila ada kuasa itu,dalam proses penyenaraian ada syer besar,ada konflik kepentingan.Yang tidak ada konflik saya, sebab saya pengerusi, saya bukan pengerusi eksekutif sebab itusaya disuruh jadi pengerusi. Isu timbul apabila pembangkang spin isu sebenar dengan menampakkan seolah-olah saya rampas, buat apa saya nak rampas jadi Pengerusi KPF. Saya sudah jadi Menteri Besar puluhan tahun, menteri dan pengerusi.Ada pihak kata Datuk Dzulkifli tidak ada dalam mesyuarat sebab pergi umrah, saya buat mesyuarat bukan saya hendak kata saya Pengerusi KPF, tetapi ada beberapa perkara yang mesti saya terangkan kepada lembaga pengarah FELDA, termasuk saya diminta jadi Pengerusi KPF.Saya kena bawa kepada lembaga pengarah FGVH hasrat kerajaan ini. Apabila kedua-dua lembaga pengarah bersetuju, kita teruskan proses bukan kerana kita rampas atau ada kepentingan peribadi, tiada ada apa hendak dibuat dekat koperasi. Mereka mainkan itu kerana mesyuarat tidak ada pengarah besar, kita kena teruskan mesyuarat sebab kita ada tanggungjawab sebab sasaran Perdana Menteri ialah Jun, kita tidak boleh lewat- lewatkan.

S: Perkara untuk senaraikan FELDA pernah dibangkitkan pada 2003, ia bukan satu perkara baru.

J: Ia bukan satu perkara baru. Pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad perkara ini sudah dicanangkan, tetapi kesempatan untuk laksana tidak ada. Tidakada sesiapa pun patut terkejutkerana pada 1 Julai 2009, Datuk Seri Najib Razak ketika lancarkan PGVH sudah maklumkan dua perkara yang jelas, iaitu transformasi di mana beliau hendak FELDA menguruskan soal kebun dan peneroka dari segi sosio-ekonomi. Bab-bab perniagaan dijalankan oleh FGVH. Itu amaran awal beliau sudah katakan, transformasi itu dibuat sejak awal Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri dan diamanah jaga FELDA. Perkara untuk wujud FGVH ini dibuat pada 2007-2008, tetapi dilancar pada 1

Julai 2009, sebab itu tidak sepatutnya ada yang terkejut dengan proses ini sebab apa yang dihasratkan Perdana Menteri akhirnya disebut pada bajet Jumaat lalu.

S: Jika benda yang baik macam itu, saya menggunakan istilah Melayu. Kalau hendak dirikan rumah tangga dia pergi merisik, hantar tanda,ada majlis tunang, kemudian baru bersanding. Kalau kita ibaratkan penyenaraian ini macam itu, apa selanjutnya proses penyenaraian itu supaya ia berjalan licin?

J: Kita sudah ada pengalaman seperti institusi lain yang senarai di Bursa Malaysia, macam MSM Malaysia Holdings Bhd, KPF untung hampir RM300 juta.

S: MSM itu satu kejayaan yang dirancang baik, berasas daripada itu, tidak ada masalah pada FGVH.

J: Saya yakin dan percaya FGVH akan jadi konglomerat yang besar seperti dihasratkan Perdana Menteri yang berasas agro bisnes dan FGVH akan jadi besar dan beri nikmat kepada peneroka, pada masa sama kita mesti ingat, usaha untuk melatih dan memandu syarikat Bumiputera ke bursa sahaja, mungkinpada masa  akan datang ada lagi.

S: Kalau kita tengok sejarah orang yang mengasaskan FELDA, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein,sekarang sampai satu peringkat transformasi besar, ia harus berlaku sebagai ‘naturalact’, kelangsungan yang kita harapkan.
J: Felda 50 tahun pertama sudah berjaya dari segi pembangunan sosioekonomi, syarikat perladangan memberi hak pemilikan tanah besar kepada orang luar bandar, tetapi Perdana Menteri sebut kita harus bersedia untuk masuk 50 tahun kedua. Kita tidak boleh bergantung kepada buah sawit dan getah saja, tetapi kita kena tumpu kepada aktiviti hiliran kerana kita dapati hasil yang banyak ialah hiliran. Sawit dan getah harga turun naik, tetapi hiliran bagus. Sebab itu kita dapati syarikat multinasional di dunia dan Malaysia yang keluarkan produk makanan tidak ada sebatang pun pokok sawit, tetapi boleh untung beratus-ratus billion. Kita kena tumpu perhatian kepada perkara ini, dan apabila kita senaraikan dengan sendiri kita dapat tingkatkan dana PGVH dan dalam masa sama pelabur luar akan datang.

S: Kalau ada pelabur luar, timbul soal pegangan, mereka seolah-olah takut hilang kawalan terhadap syarikat.Ini kita kena jelaskan bukansemua saham itu dijual kepada awam.


J: Pandangan kita pada peringkat awal, KPF jadi pegangan saham yang besar. Kita berhasrat agenda Melayu tidak hilang, maknanya syarikat masih dikawal Bumiputera dengan pengasasya mewakili peneroka. Kedua, kita tidak ada pilihan jika buat penyenaraian, kita tentu buka kepada orang luar termasuk agensi kerajaan, kerajaan negeri, terutama negeri yang beri tanah, kita kena pertimbangkan, sebab kalau nak berniaga secara global, kita mesti ada rakan dari luar supaya kita dapat menembusi pasaran antarabangsa, kalau tidak kita berlegar di Malaysia saja. Inilah proses yang kita sedang pilih, insyaAllah hilang pemilikan adalah sesuatu yang mustahil.

S: Sering orang sebut ‘unlocking the value’, ada nilai,benda yang kita tidak nampak dalam mata kasar, tetapi apabila kita buat macam ini, ia akan timbul harta atau kekayaan baru, dari segi itu, bila kita boleh lihat?
J: Apabila penyenaraian hampir siap. Sebab sekarang ini kita sedang buat dari segi nilai atau harta yang tidak nampak, kita akan tahu nilai sebenar. Saya percaya masyarakat peneroka akan terima dengan baik, Cuma ada pihak tertentu yang cuba meracuni pemikiran untuk tujuan politik.

S: Walaupun tidak ada 100 peratus yang setuju, majoriti setuju akan diteruskan.
J: Kita serius untuk terus laksana, kita tidak boleh dengar pembangkang, jika dengar kita tidak sampai tahap macam ini. Kita bersyukur pimpinan kita, dari dulu sampai zaman Datuk Seri Najib, tahu apa yang baik untuk negara.

 S: Jika tidak disenaraikan PGVH, bolehkah peneroka menikmati faedah atau cukup sekadar apa yang ada hari ini.
J: Dari segi pendapatannya tidaklah banyak, peneroka tidak ada pemilikan FGVH, peneroka ada hanya 51 peratus dalam Felda Holdings, jadi tidak miliki FGVH. Jika kita buat, peneroka akhirnya ada saham dalam FGVH. Kedua, kita kena ingat dasar kerajaan yang tidak akan bersaing dengan swasta untuk jalankan perniagaan, kerajaan hanya jadi pembantu, penyelia atau pemudah cara. Itusepatutnya, dalam hal ini FELDA juga terbabit. Sebab itu kita hendak laksana peneraian ini dan dengan sendiri KPF jadi jentera, kita tidak beri kepentingan kepada agensi lain. Ketiga, kita hendak jadi besar, maknanya pasaran kita besar,dana pasaran besar dan ini bukan saja untuk FGVH, tapi untuk bantu negara.

S: Peneroka dapat faedah saham, dividien kebun tidak hilang tapi bagi negara pula apa faedahnya?
J: Apabila kita buat dengan sendiri dana kita besar, keyakinan orang luar akan bertambah, yang Perdana Menteri cakap‘blue chip’. Ini yang kita hendak laksana dengan cara lain kita ada serampang dua mata, dengan penyenaraianini, peneroka dapat nikmat dan menerusi pelabur ia akan merancakkan lagi bursa saham.

S: Kita agak ‘market capitalization’ mungkin mencecah berbilion, adakah ia menyaingi atau sama dengan Sime Darby atau PNB?
J: Menjadi hasrat Perdana Menteri, saya dan rakan FELDA, kalau kita jadi ‘topten’ di Malaysia pun, ia jadi kejayaan besar bukan saja kepada FELDA, tetapi kejayaan untuk negara dalam menambah bilangan syarikat berdana besar.

S: Jika peneroka jadi pemegang saham melalui KPF, adakah ia boleh membeli tambahan saham dipasaran terbuka? Adakah mereka mempunyai pengetahuan yang cukup untuk berbuat demikian dan adakah FELDA akan buat kursus untuk peneroka bagaimana untuk berurusan jual beli saham?
J: Beri penjelasan dan kursus tidak ada masalah, sayapercaya apabila penyenaraian ini siap, kita boleh jelaskan kepada ahli.

S: Tan Sri kata generasi kedua sambut baik. Adakah Tan Sri sudah cakap dengan mereka?
J: Ahad lalu saya jumpa mereka, kebetulan ada konvensyen dianjurkan kumpulan anak peneroka profesional FELDA di Melaka. Kita terangkan hasrat dan mereka nyatakan sokongan mereka sebab sebagai generasi kedua mereka tidak mahu lihat ibu bapa terus pergi ladang, sekarang ibu bapa jadi pemegang saham. Apa yang penting kita buat penyenaraian untuk tentukan fokus lebih tepat dengan tumpu kepada bidang perniagaan dan bidang hiliran. Saya gembira mereka faham hasrat kerajaan dan mereka beri pandangan dan kata ini yang mereka tunggu selama ini untuk lihat FELDA berubah dari 50 tahun dulu kepada 50 tahun akan datang mengikut perkembangan zaman.

S: Kalau mereka babitkan di dalam industri hiliran, apakah FELDA sudah buat kajian sektor atau segmen mana yang boleh mereka ceburi?
J: Sebelum penyenaraian, kita sudah bincang dan sedar setakat bergantung kepada sawit dan getah, kita tidak boleh bertahan lama sebab harga turun naik.Kita kena cari aktiviti hiliran yang boleh menjamin masa depan FELDA. Memang hari ini kita syarikat perladangan terbesar tapi beberapa tahun akan datang, saya di fahamkan China, Amerika mencari ladang kalau mereka buat kebun sawit atau negara ASEAN lain berbuat demikian, mungkin 10 tahun akan datang kita tidak besar lagi, oleh itu mesti ada langkah lain kita kena buat.

S: Saya tengok dalam blog, orang kataTan Sri lantik diri sendiri. Saya pun hendak tahu, macam mana Tan Sri boleh lantik?
J: Seperti yang saya terangkan tadi, keperluan saya jadi Pengerusi KPF,jika ikut kehendak saya, saya pun tidak hendak, tak ada sebab tapi dalam usaha untuk buat penyenaraian, saya tidak ada pilihan sebab dua tokoh kita tidak boleh,iaitu pengarah besar yang ada kuasa eksekutif dan Pengerusi FGVH pun adakuasa eksekutif. Ada pihak suruh dan tidak ada sebab saya nak lantik diri, bagisaya siapa lagi, takkan kita nak lantik orang luar, pegawai tidak boleh. Selain saya, siapa lagi sebab saya Pengerusi FELDA yang tidak ada kuasa eksekutif,yang boleh bantu proses ini. Yang sebutsaya lantik diri sendiri, sebab merekanak ‘spin’ nak timbul isu politik, kita tidak halang sebab kerja mereka memang macam itu.

S: Adakah mereka tidak jelas kuasaeksekutif ada kepentingan konflik?
J: Dari segi akademik jelas, tetapi mereka yang ada tujuan politik, inilah yang mereka mainkan, isunya bukan penyenaraian, dengan cara itu saya dijadikan bukan kambing hitam tapi alat.Tapi saya tidak ada masalah, sudah berpuluh tahun menghadap orang macam ini.

S: Dalam perjumpaan Tan Sri di Melaka adakah perkara ini ditimbulkan?
J: Saya timbulkan dan terangkan kepada kaum profesional ini, mereka faham apabila kita sebut kepentingan konflik,sebab sebahagian daripada mereka tokoh korporat, ada syarikat besar.Mereka kata Tan Sri kena ambil sebabelak konflik, mereka ini faham cuma blogini saja cari salah kerajaan.

S: Tan Sri juga orang politik. Perkara ini bukan asing, sudah jadi asam garam orang politik. Adakah perlu ditangani cara politik atau jelaskan dengan baik untuk tunjukkan penyenaraian ini harus berlaku kerana ini membawa kebaikan kepada orang FELDA?
J: Dari segi penyenaraian, tiada masalah, saya fikir semua orang setuju.Jika pembangkang setuju, habis taraf pembangkang.

PENJELASAN SIAPA TIPU PENEROKA?

Terdapat kira-kira 50,000 orang Melayu di Sri Lanka. Kebanyakan mereka berakar umbikan pejuang-pejuang yang menentang pendudukan Belanda di Indonesia. Mereka ditangkap dan dibuang ke pulau itu, sebahagiannya ke Afrika Selatan– pada sekitar tahun 1658 hingga 1796.
Tidak semua orang-orang buangan itu berasal daripada orang-orang Melayu rumpun Jawa. Ada juga dari rumpun Madura, Sunda, Bali dan Ambon.Yang  berasal dari Semenanjung Tanah Melayu pula terlalu sedikit jumlahnya.
Di kalangan masyarakat Melayu Sri Lanka, mereka menganggap diri mereka orang Jawa dan orang Melayu. Bagaimana pun dikalangan penduduk Sin halese, mereka hanya dikenal sebagai orang Jawa (Ja-minissu).
Dalam  banyak aspek kehidupan masyarakat ini masih terdapatbanyak unsur-unsur tradisional Melayu nusantara. Mereka malah masih memelihara syair dan pantun. Begitu juga dengan makanan dan kuih-muih tradisional seperti nasi goreng, sate dan putu.
Dalam adat-adat perkahwinan, kelahiran, bersunat dan sebagainya, sedikit sebanyak sudah terdapat perbezaan dengan unsur-unsur asal. Begitujuga dengan tradisi berpakaian kaum wanita, wanita Melayu disini lebih selesa memakai sari berbanding baju kurung.
Bahasa Melayu masih digunakan secara meluas di kalangan mereka, terutama ketika dirumah. Bagaimanapun ia agak berbeza daripada Bahasa Melayu di Malaysia atau Indonesia. Disamping itu wujud kebimbangan Bahasa Melayu di Sri Lanka akan terhakis kerana generasi muda lebih selesa berbahasa Sin halese, bahasa rasmi SriLanka.

Melayu Sri Lanka Terancamkah Mereka?



Banyak orang yang mengaku Melayu sendiri jarang mengambil berat mengenai perkara ini. Mereka hanya tahu yang mereka itu dilahirkan sebagai Melayu tanpa mempedulikan sejarah dan susur galurnya.
Bukti-bukti sejarah menunjukkan Melayu telah lama wujud, malah telah membentuk kerajaan besar yang tersohor di rantau sebelah sini sejak ribuan tahun dahulu.
Yi Jing (635-713), seorang pengembara China pernah merekodkan tentang wujudnyasebuah kerajaan bernama ‘Ma-La-Yu’ di nusantara. Dia juga menggambarkan orang orang Kunlun (panggilan kepada orang Melayu dalam bahasa lama China) sebagai ‘ berambut kerinting, berkulit gelap dan memakai sarung.’Ada banyak andaian mengenai asal perkataan Melayu. Sejarah Jambi mengaitkannya dengan nama Sungai Melayu yang terletak berdekatan Sungai Batang Hari (Muara Jambi sekarang).
Sebahagian sarjana percaya ia mempunyai kaitan dengan Malayalayam, daerah di selatan India yang menjadi tempat asal pedagang India Muslim yang sangat berpengaruh di dunia Melayu pada masa lampau.
Tafsiran tentang  Melayu kini lebih dipengaruhi oleh elemen politik.Bagi kebanyakan orang Filipina misalnya, Melayu adalah ‘orang asli’ negara itu.
Di Malaysia, orang Melayu didefinasikan menurut Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 160(2). Menurut Perkara itu orang Melayu ditakrifkan sebagai:  seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
Dengan mengenepikan inteprasi politik, selain daripada Melayu di Malaysia, kumpulan lain yang tergolong sebagai orang Melayu ialah:
1. Aceh, Minangkabau, Batak dan Mandalaing di Sumatera;
2. Jawa dan Sunda di Pulau Jawa;
3. Banjar, Iban, Kadazan danMelanau di Borneo
4. Bugis dan Taroja di Sulawesi
5.Tagalog, Ilocano dan Ifugao di Pulau Luzon;
6. Bisaya di bahagian tengah Filipina
7. Maguindanao, Tausug dan Bajaudi Mindanao dan Sulu
8. Penduduk Timur Laste
Selain yang di atas, orang-orang Cham di Kampuchea dan Vietnam serta orang Utsuls di Pulau Hainan juga termasuk dalam rumpun Melayu. Orang berketurunan Melayu juga terdapat di Sri Lanka, Afrika Selatan dan Madagascar. Di Surinam, sebuah pulau kecil di Carribbean bilangan penduduk Melayu berketurunan Jawa boleh dikatakan agak besar.

Siapa MELAYU?

Thursday, 17 November 2011

PETUA
...Bersama Kak Lin

Anda ada sebarang petua untuk dikongsi bersama? Sila hantar petua anda kepada Kak Lin di alamat Petua bersama Kak Lin, 56-1,Petaling Utama Avenue, Jalan PJS 1/50, Petaling Utama, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
UNTUK MELEBATKAN RAMBUT
•    Ambil sekepal nasi dan setengah biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan
sebuku garam. Kemudian diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepas itu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran itu dan biarkan selama 3 jam. Setelah itu bilaslah dengan air bersih.
•    Patah-patahkan daun lidah buaya kemudian sapukan ke rambut anda. Kemudian cucilah dengan air bersih.

UNTUK MENYEGARKAN RAMBUT
•    Ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih
dan apabila air serai itu sejuk,
sapukan rata-rata kepada rambut
anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala.
Dua jam kemudian basuhlah seperti biasa.Amalkan sekerap mungkin. Kalau boleh jangan kurang dari sekali seminggu.

•    Mahukan rambut selembut sutera dan secantik rambut model dalam iklan syampu? Cuba amalkan cara ini. Pada sebelah malam, sebelum tidur,lurutkan rambut anda dengan minyak bijan. Keesokan paginya, basuh dengan syampu dan bilas sehingga kering. Selepas itu gunakan minyak zaitun atau minyak
bayi sebagai perapi rambut dan sikatlah. (Jika anda berambut kerinting jangan terus menyikat bagi mengelakkan rambut dari putus dan bercabang).


UNTUK MENGILATKANRAMBUT
*Ambil dua genggam biji betik masak. Bersihkan dan jemur sampai kering. Kemudian goreng tanpa minyak sampai hangus. Setelah itu tumbuk atau giling sehingga lumat. Bancuhlah serbuk biji betik yangtelah lumat itu dengan air. Bersihkan rambut anda dan keringkan betul-betul. Kemudian sapu campuran tadi ke rambut. Hasilnya pasti rambut anda akan kelihatan berkilat-kilat.

PETUA 1


Seperti yang anda sudah ketahui,kekurangan nutrien boleh menjejaskan kesihatan dan kecergasan badan. Walaupun amalan pemakanan sihat sangat penting, terdapat mitos yang boleh menjejaskan kesihatan anda jika anda mempercayainya.

Berikut adalah mitos mengenai pemakanan sihat:

1. Bersenam dengan perut kosong.
Jika perut anda berkeroncong, ia cuba memberitahu anda sesuatu.Jika anda tidak menghiraukannya, anda memaksa badan anda bekerja tanpa bahan bakar. Sebelum bersenam atau melakukan apa-apa aktiviti fizikal, pastikan anda mengambil makanan ringan terlebih dahulu seperti sebiji epal.

2. Bergantung kepada biskut dan minuman tenaga.
Walaupun elok mengambilnya sekali sekala, ia tidak membekalkananti oksidan yang anda perlukan untuk menghalang penyakit. Lebih baik anda bergantung kepada buah-buahan dan sayur-sayuran
memandangkan ia penuh dengan vitamin, mineral, cecair dan serat.

3. Tidak mengambil sarapan pagi.
Tidak mengambil sarapan bukanidea yang bagus memandangkan sarapan pagi memulakan hari
anda. Badan anda memerlukan bahan bakar secepat mungkin, dan tanpanya, anda akan berlapar
hingga ke tengahari.

4. Diet rendah karbohidrat.
Badan anda memerlukan karbohidrat untuk otot danjuga penyimpanan tenaga.

5. Makan apa saja yanganda mahu.
Pemakanan sihat dan bersenam tidak memberi anda lesen untuk memakan apa saja yang anda mahu.Kita semua memerlukan nutrien yang sama, sama ada kita bersenam atau tidak.

6. Kalori tidak mencukupi
Walaupun menurunkan berat badan melibatkan kalori, kehilangan secara mendadak adalah merbahaya.Apa yang perlu dilakukan adalah mensasarkan untuk menurunkan1 – 2 paun seminggu.

Pastikan anda mendapat kalori yang cukup untuk membolehkan badan anda berfungsidengan sempurna.

7. Kurang minum.
Air, susu dan jus adalah minuman terbaik untuk mereka yang aktif.Anda perlu kerap minum dan tidak menunggu dahaga. Apabila anda merasa dahaga, badan anda sudah merasa kesan kekurangan
air.

Menukar cara anda makan adalah langkah penting ke arah pemakanan sihat dan ia akan memberi kesan ke atas kesihatan anda. Semakin sihat pemakanan anda, semakin sihat badan anda.Tidak kira berapa umur anda, pemakanan sihat merupakan sesuatu yang perlu anda utamakan. Jika anda memberi peluang kepada pemakanan sihat, anda segera akan melihat bagaimana ia mengubah
kehidupan anda – kepada yang lebih baik.

METOS Makanan Sihat

Mas cotek, lidah buaya, cekur, hempedu bumi, kacip fatimah dan pokok kecubung
menggantikan pokok bunga di halaman rumahnya.


Trend penanaman herba sebagai tanaman hiasan mungkin masih baru, tetapi ia semakin mendapat tempat. Telah semakin banyak pihakyang melihat tumbuh-tumbuhan itu tidak kurang hebatnya jika dibanding dengan tumbuhan ornamental yang mempunyai nilai estetik yang cantik dan menarik.
Yang lebih pentinglagi tumbuhan herba membekalkan berbagai manfaat sampingan,termasuk menyumbang kepada pendapatan keluarga.
Menyedari manfaat-manfaat itu lah Noraini Mohamad, 52, memilih tumbuhan herba sebagai penghiasan perkarangan rumahnya.
Melangkah ke perkarangan rumah Noraini di Kampung MatangKunda, Bagan Datoh, Perak, akan membuatkan pandangan kita pantas terarah pada lanskapnya yang disana sini diserikan oleh tumbuh-tumbuhanyang jarang dilihat.
Menurut Noraini, semuanya bermula dengan minat semula jadinya menanam bunga-bungaan. Dari situlah tercetusnya idea untukmenghiasi kawasan rumahnyadengan tumbuh-tumbuhan herba.
Dan wanita ini bernasib baik kerana mendapat sokongan padu daripada suaminya, Mohd Nawawi Sudarmo, 52, yang juga mempunyai kecenderungan yang sama. Hasilnya kini terdapat puluhan jenis tumbuhan herba di sekitar kawasan rumah mereka. Antaranya termasuk mascotek, lidah buaya, cekur, hempedu bumi, kacip fatimah dan banyak lagi.
Malah pokok kecubung juga turut ditanam.Kesungguhan pasangan ini dapat dilihat daripada usaha mereka meletakkan papan nama pada  kebanyakan pokok yang ditanam.
Dan usaha itu pula memang berbaloi.Kerananya mereka telah beberapa kali memenangi pertandingan lanskap di peringkat daerah. Selain itu herba-herba yang ditanam juga turut memberikan pulangan dalam bentuk wang ringgit. Selain dijual kepada mereka yang datang membelinya di rumah, pasangan tersebut juga memasarkannya di pasar-pasar sehari yang berhampiran.
Tetapi ringgit bukanlah yangdikejar oleh pasangan ini. Yang mereka dambakan ialah kepuasan kerana mencantikkan persekitaran dan pada masa yang sama membantu menyuburkan khazanah-khazanah alam yang kaya dengan rahsia dan khasiatnya.
 


Aneka herba di halaman

VIDEO PILIHAN