Tuesday 15 November 2011

RM2.3 Bilion untuk Sabah


Dakwaan pihak tertentu bahawaFelda telah menipu kerajaan dan rakyat Sabah adalah tidak berasas.Sebaliknya Felda telah menyumbangkan beratus juta ringgit bagi tujuan pembangunan rakyat Sabah.Selain itu Felda juga membuat pelaburan bernilai berbilion ringgit di negeri di bawah bayu itu.
Dakwaan mengenai penipuanyang dikatakan berlaku itu ditimbulkan oleh seorang bekas Ahli Parlimen dan tersebar di internet.
Dalam dakwaannya bekas Ahli Parlimen itu berkata, pada akhir 1979, Ketua Menteri Sabah ketika itu telah memberikan tanah seluas 225 ekar di daerah Tungku kepada Felda untuk pembangunan skim peneroka yang boleh menempatkan 17 ribu penduduk anak negeri Sabah.
Bagaimanapun menurutnya, Felda hanya mengambil 1638 peneroka sehingga tahun 1990 dan selepasitu dasar pengambilan peneroka dihentikan, manakala Felda pula dijadikan Felda Holdings.
Akibat itu, dakwa beliau, tanah yang belum diagihkan menjadi hak Felda dan rakyat Sabah terlepaspeluang memilikinya.
Apa yang sebenarnya terjadi ialah dasar pengambilan peneroka dihentikan kerana kerajaan merasakan telah sampai masanya untuk Felda berdikari. Dengan itu, Felda, menerusi Felda Holdings diamanahkan untuk menguruskan semua tanah milik Felda secara komersil.
Langkah kerajaan itu menampakkan hasil. Kini Felda mampu berdikari dan menjadi raksasa yang disegani dalam sektor korporat di rantau sebelah sini. Kerajaan pula tidak perlu lagi menyumbangkan antara RM800 juta hingga RM1 bilion bagi operasi Felda, di mana wang itu boleh disalurkan untuk keperluan-keperluan lain.
Felda tidak pernah mengabaikan hak kerajaan dan rakyat Sabah. Setakat ini Felda telah memulangkan sekitar 30 peratus daripada pendapatan bersih operasi komersialnya kepada Sabah, sama ada melalui CSR mahu pun menerusi dana kepada kerajaan negeri.
Menurut sumber, sehingga tahun2010, Felda telah membuat pelaburan sebanyak RM2.3 bilion di Sabah, termasuk infrastruktur umum di kawasan FELDA dan sekitarnya.

0 KOMEN:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN