Friday, 18 November 2011

Siapa MELAYU?



Banyak orang yang mengaku Melayu sendiri jarang mengambil berat mengenai perkara ini. Mereka hanya tahu yang mereka itu dilahirkan sebagai Melayu tanpa mempedulikan sejarah dan susur galurnya.
Bukti-bukti sejarah menunjukkan Melayu telah lama wujud, malah telah membentuk kerajaan besar yang tersohor di rantau sebelah sini sejak ribuan tahun dahulu.
Yi Jing (635-713), seorang pengembara China pernah merekodkan tentang wujudnyasebuah kerajaan bernama ‘Ma-La-Yu’ di nusantara. Dia juga menggambarkan orang orang Kunlun (panggilan kepada orang Melayu dalam bahasa lama China) sebagai ‘ berambut kerinting, berkulit gelap dan memakai sarung.’Ada banyak andaian mengenai asal perkataan Melayu. Sejarah Jambi mengaitkannya dengan nama Sungai Melayu yang terletak berdekatan Sungai Batang Hari (Muara Jambi sekarang).
Sebahagian sarjana percaya ia mempunyai kaitan dengan Malayalayam, daerah di selatan India yang menjadi tempat asal pedagang India Muslim yang sangat berpengaruh di dunia Melayu pada masa lampau.
Tafsiran tentang  Melayu kini lebih dipengaruhi oleh elemen politik.Bagi kebanyakan orang Filipina misalnya, Melayu adalah ‘orang asli’ negara itu.
Di Malaysia, orang Melayu didefinasikan menurut Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 160(2). Menurut Perkara itu orang Melayu ditakrifkan sebagai:  seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
Dengan mengenepikan inteprasi politik, selain daripada Melayu di Malaysia, kumpulan lain yang tergolong sebagai orang Melayu ialah:
1. Aceh, Minangkabau, Batak dan Mandalaing di Sumatera;
2. Jawa dan Sunda di Pulau Jawa;
3. Banjar, Iban, Kadazan danMelanau di Borneo
4. Bugis dan Taroja di Sulawesi
5.Tagalog, Ilocano dan Ifugao di Pulau Luzon;
6. Bisaya di bahagian tengah Filipina
7. Maguindanao, Tausug dan Bajaudi Mindanao dan Sulu
8. Penduduk Timur Laste
Selain yang di atas, orang-orang Cham di Kampuchea dan Vietnam serta orang Utsuls di Pulau Hainan juga termasuk dalam rumpun Melayu. Orang berketurunan Melayu juga terdapat di Sri Lanka, Afrika Selatan dan Madagascar. Di Surinam, sebuah pulau kecil di Carribbean bilangan penduduk Melayu berketurunan Jawa boleh dikatakan agak besar.

0 KOMEN:

Post a Comment

Random Posts

BERITA POPULOR

VIDEO PILIHAN