Terdapat kira-kira 50,000 orang Melayu di Sri Lanka. Kebanyakan mereka berakar umbikan pejuang-pejuang yang menentang pendudukan Belanda di Indonesia. Mereka ditangkap dan dibuang ke pulau itu, sebahagiannya ke Afrika Selatan– pada sekitar tahun 1658 hingga 1796.
Tidak semua orang-orang buangan itu berasal daripada orang-orang Melayu rumpun Jawa. Ada juga dari rumpun Madura, Sunda, Bali dan Ambon.Yang berasal dari Semenanjung Tanah Melayu pula terlalu sedikit jumlahnya.
Di kalangan masyarakat Melayu Sri Lanka, mereka menganggap diri mereka orang Jawa dan orang Melayu. Bagaimana pun dikalangan penduduk Sin halese, mereka hanya dikenal sebagai orang Jawa (Ja-minissu).
Dalam banyak aspek kehidupan masyarakat ini masih terdapatbanyak unsur-unsur tradisional Melayu nusantara. Mereka malah masih memelihara syair dan pantun. Begitu juga dengan makanan dan kuih-muih tradisional seperti nasi goreng, sate dan putu.
Dalam adat-adat perkahwinan, kelahiran, bersunat dan sebagainya, sedikit sebanyak sudah terdapat perbezaan dengan unsur-unsur asal. Begitujuga dengan tradisi berpakaian kaum wanita, wanita Melayu disini lebih selesa memakai sari berbanding baju kurung.
Bahasa Melayu masih digunakan secara meluas di kalangan mereka, terutama ketika dirumah. Bagaimanapun ia agak berbeza daripada Bahasa Melayu di Malaysia atau Indonesia. Disamping itu wujud kebimbangan Bahasa Melayu di Sri Lanka akan terhakis kerana generasi muda lebih selesa berbahasa Sin halese, bahasa rasmi SriLanka.

0 KOMEN:
Post a Comment