Thursday 17 November 2011

FELDA iktiraf peranan wanita

Sesiapa juga yang mengenal FELDA dari dekat akan mengakui satu hakikat bahawa agensi itu tidak pernah mengabaikan hak dan kepentingan kaum wanita.
Malah peranan kaum itu sentiasa diperhebat dari semasa semasa. Pelbagai langkah dan inisiatif, diambil serta terus dirancang bagi meningkatkan pembabitan mereka.Penubuhan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) yang sehingga kini terus memainkan peranan proaktif di rancangan-rancangan FELDA adalah sebahagian daripada buktinya.Selain itu masih terdapat pelbagai bukti lain, termasuk yang tidak nyata.
Sebagai contoh, FELDA meletakkan syarat utama untuk menjadi peneroka ialah seseorang itu mestilah berkahwin.
Apakah yang tersirat di sebalik perkataan berkahwin itu?
Tentulah ia bermakna seseorang pemohon itu telah beristeri. Dan sudah tentulah pula yang dimaksudkan isteri itu seorang wanita.
Tidakkah ini membawa erti bahawa wanita mempunyai peranan yang cukup besar dalam menjayakan permohonan seseorang yang mahu menjadi peneroka?
Ia juga sekaligus bermaksud bahawa FELDA mengiktiraf peranan kaum hawa tersebut terhadap pembangunan FELDA umumnya, dan negara khususnya. FELDA sedar peri pentingnya peranan kaum isteri untuk turutbersama suami menggerakkan apa juga usaha di rancangan FELDA.Satu lagi bukti pengiktirafan FELDA ialah dalam soal penamaan geran. Kalau dahulu geran cuma adasatu nama, kini FELDA membolehkan nama isteri dimasukkan sebagai penama kedua dalam pegangan hak milik tanah.
FELDA juga tidak pernah mengabaikan isteri-isteri peneroka yang kematian suami. Sejaktahun 2008 hingga kini sejumlahRM74.3 juta telah dibayar kepada balu peneroka. Ertinya, mereka mendapat apa yang sepatutnyamenjadi milik mereka. Jantinadan status tidak pernah diangkat sebagai batu penghalangnya.
Demi untuk meningkatkan peranan kaum wanita jugalah, FELDA berusaha melahirkan sebanyak mungkin usahawan- usahawan wanita di kalangan warganya. Mengikut rekod, lebih20 peratus daripada jumlah usahawan yang berjaya dilahirkan oleh FELDA melalui pelbagai skim, seperti Skim Insentif Usahawan FELDA, terdiri daripada kaum wanita. Dan angka itu terus meningkat.
Jumlah kakitangan wanita yang bertugas dengan FELDA juga sangat membanggakan walaupun masih perlu ditambah. Rekod terkini menunjukkan peratusannya melebihi 15 peratus dan antara mereka termasuk tiga orang yang berada dalam senarai pengurusan tertinggi FELDA Global Ventures(GBV) dan juga tiga daripada 10pengarah di ibu pejabat FELDA.
Sebagai inisiatif untuk terus menghargai wanita. FELDA  turut menyediakan anugerah untuk GPWterbaik, selain mewujudkan anugerah ‘Ibu Mithali FELDA’ setiap tahun.FELDA tidak akan berhenti di situ. Kita percaya, banyak lagi langkah dan usaha lain akan diambil demi meletakkan wanita di tempat yang lebih tinggi.
Bagaimanapun penentu sebenar terhadap kejayaan semua inisiatif itu tentulah kaum wanita FELDAsendiri. Kerajaan, melalui FELDA boleh menyediakan joran dan umpan, namun kaum wanitalah yang harus bertindak sebagai pemancing.
Sebab itulah penyertaan warga wanita FELDA dalam pertubuhan- pertubuhan yang wujud di tanah- tanah rancangan seperti GPW harus sentiasa dialu-alukan. Ia bukan sahaja wajar dijadikan platform untuk wanita menabur bakti terhadap masyarakat setempat , tetapi juga secara tidak langsung akan dapat menzahirkan pemikiran dan kemahiran mereka dalam membangunkan keluarga yang lebih berkualiti sertaseterusnya membantu mewujudkan kelompok masyarakat yang lebih berintegriti.

0 KOMEN:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN