Sunday 20 November 2011

Pengurus Termahal Dunia

Dunia bola sepak profesional memang sarat dengan angkaangka ringgit yang ‘ganas’.
Ia lazimnya melangkaui puluhan juta, malah ada kalanya menjadi beratus juta – jumlah yang tidak mungkin dikumpul oleh kebanyakan kita walaupun bekerja siang malam selama beberapa keturunan.
Selalunya yang disogokkan kepada kita ialah pendapatan bintang-bintang yang berklas dunia. Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo, Kaka, Samuel Eto’o, semuanya adalah bintang-bintang yang mengaut puluhan juta setiap tahun.
Jumlah yang melayakkan mereka hidup dalam longgokan wang. Bayangkanlah pemain termahal di dunia sekarang, Lionel Messi dijangka mengaut pendapatan kirakira RM134 juta bagi tahun 2011.
Jumlah itu diperolehi daripada gaji, elaun dan pelbagai kontrak pengiklanan yang ditandatanganinya. Angkanya tentulah berkali ganda lebih banyak daripada peruntukan yang diberikan untuk memajukan sukan bola sepak di negara ini.
Dalam mengira kekayaan para pemain, mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula keadaan pengurus-pengurus pasukan bola sepak yang ternama di dunia. Adakah mereka juga hidup mewah, atau sekadar ‘menghirup kuah’ sementara si pemain membaham isinya?
Jawapannya, mereka juga kaya raya dan senang lenang. Ramai di kalangan pengurus pasukanpasukan gergasi itu membawa pulang gaji berpuluh juta ringgit setahun.
Mendahulu senarai ialah pengurus kelab Real Madris, Jose Mourinho. Lelaki berusia 48 tahun yang berasal dari Portugal itu menerima gaji tahunan kira-kira RM57 juta setahun atau RM156,000 sehari!
Di tempat kedua ialah Pep Guardiola, pengurus pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona. Baru berusia 40 tahun, Guardiola telah mampu meraih pendapatan RM45 juta setahun.
Rafael Benitez, bekas pengurus Inter Milan pula memperolehi pendapatan RM44 juta setahun.
Walaupun tidak begitu terkenal sebagai pemain pada zaman mudanya kerana hanya bermain untuk liga kelas bawah di Sepanyol, namun Benitez begitu menyerlah dalam bidang kejurulatihan. Dalam usia belum mencapai 30 tahun dia telah diberi amanah menjadi penolong pengurus kelab terkenal Real Madrid. Kini, pada usia 51 tahun Bernitez menduduki carta sebagai pengurus ketiga termahal di dunia.
Seorang lagi pengurus yang tidak kurang lumayan gajinya ialah Fabio Copello, bekas pengurus pasukan Itali yang kini menjadi pengurus pasukan kebangsaan England.
Dengan rekod-rekod cemerlangnya sepanjang berkhidmat sebagai pengurus beberapa pasukan ternama di Itali, termasuk Milan dan Juventus, serta pernah mengemudi pasukan Real Madris, England tidak teragak-agak membayar gaji RM37 juta setahun kepada lelaki yang telah berusia 65 tahun ini.
Begitulah besarnya pendapatan mereka. Teruja? Nanti dulu. Ada seorang lagi yang mendapat pendapatan jauh lebih banyak daripada mereka. Malah pendapatannya lebih besar daripada Messi.
Dia ialah pemain golf yang panas dengan kisah kecurangannya tempoh hari, Tiger Wood. Bayaran yang diterima oleh Wood tahun ini ialah kira-kira RM210 juta!

0 KOMEN:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN