Sunday, 20 November 2011

YAHUDI? Benarkah GADDAFI berdarah



SIAPAKAH GADDAFI?
Puak Qadhdhfa bukanlah puak yang berpengaruh di kalangan puak-puak Arab Badwi.Mereka hanya kelompok kecil dan kebanyakannya bekerja sebagai penternak, khususnya di sekitar kawasan Oasis Hun.Tetapi puak Qadhdhfa terkenal dengan semangat juang yang tinggi.Mereka juga terkenal taatnya kepada bumi Libya.
Melihat pada sejarah dan latar belakang puak itu, maka tidaklah menghairankan apabila di kalangan mereka muncul satu nama besar, yang besar juga pengaruh dan peranannya ke atas lanskap politik dunia, khususnya di rantau Afrika dan Arab.
Nama ialah Muaamar Gaddafi. Dilahirkan di bawah teduhan sebuah khemah di tengah-tengah gurun berdekatan Sirte (Sidra) pada 7 Jun 1942, Gaddafi atau nama penuhnya Muammar Muhammad Abu Minyar al-Gaddafi datang daripada sebuah keluarga pejuang. Datuknya, Abdessalam Bouminyar merupakan salah seorang pejuang barisan depan yang menentang pendudukan Itali di Libya. Bouminyar terlibat dalam pertempuran pertama melawan Itali pada tahun 1911. Menurut Gaddafi, datuknya adalah syuhada pertama dalam pertempuran itu. Bouminyar gugur di Khoms. Bapa Gaddafi, Abu Minyar, atau disebut juga seorang pejuang yang pernah bertempur menentang askaraskar Itali. Abu Minyar meninggal dunia pada tahun 1985 ketika Gaddafi sedang berada di puncak kuasa.
Seperti kebanyakan pemimpin Arab lain, Gaddafi menampakkan kebencian terbuka terhadap Israel.Namun di sebalik itu pernah timbul dakwaan bahawa dia juga sebenarnya mempunyai darah Yahudi.Dua wanita Israel pernah muncul di setesen televisyen Israel, Channel 2 dan mendakwa mereka mempunyai hubungan darah yang rapat dengan Gaddafi.
Salah seorang wanita itu, Guita Brown mendakwa dia adalah sepuluh Gaddafi. Anak Brown, Rachel Saada pula menceritakan melalui setesen televisyen tersebut bagaimana emak kepada neneknya yang berketurunan Yahudi bercerai dan berkahwin dengan seorang lelaki Islam, yang dipercayai datuk Gaddafi.
Brown turut muncul di setesen televisyen INN dan mengulangi dakwaannya itu. Gaddafi menerima pendidikan awal di sebuah sekolah di Sabha yang jaraknya agak jauh dari kediaman keluarganya.Sejak kecil lagi dia dikatakan telah menunjukkan minat luar biasa terhadap politik, khususnya yang membabitkan dunia Arab.
Gaddafi dikatakan sangat kecewa apabila Palestin dikalahkan oleh Israel pada tahun 1948, walhal ketika itu umurnya baru enam tahun! Anak kecil itu juga sangat meminati presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser.Apabila Nasser menduduki kerusi presiden pada tahun 1952 – tatkala Gaddafi baru berusia sepuluh tahun – dia sudah mengisytiharkan presiden Mesir itu sebagai heronya.
Seawal usia 14 tahun, semasa terjadinya Krisis Terusan Suez, Gaddafi terlibat dalam tunjuk perasaan anti-Israel yang dianjurkan oleh sekumpulan rakyat Libya. Gaddafi menamatkan pendidikan menengahnya secara persendirian melalui seorang tutor di Misrata dengan pengkhususan dalam subjek sejarah.
Anak muda berbadan sasa itu kemudiannya memasuki akademi tentera di Beghazi pada tahun 1961. Di Libya, seperti juga di kebanyakan negara Arab lain, kemasukan ke akademi tentera dan kerjaya sebagai pegawai tentera suatu ketika dahulu hanya eksklusif untuk golongan pertengahan ke atas. Tetapi selepas negara-negara itu merdeka, peluang muka dibuka kepada semua peringkat termasuk mereka yang datangnya daripada keluarga berpendapatan rendah.
Bagi kebanyakan rakyat biasa Arab pula, termasuk di Libya, karier sebagai anggota tentera akan membuka peluang kepada mereka untuk mendapat pendidikan lebih baik, di samping memperbaiki ekonomi keluarga dan status sosial. Gaddafi menamatkan pengajian di akademi itu pada bulan Ogos 1965.Dia berpeluang mengikuti kursus lanjutan selama empat bulan di United Kingdom.
Dan penghinaan yang diterima semasa berada di bumi Orang Putih itulah yang banyak mempengaruhi sikapnya pada kemudian hari sehingga menjadikan dia seorang pemimpin yang terkenal dengan semangat anti-Baratnya.

0 KOMEN:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN