Thursday, 17 November 2011

PETUA 1

PETUA
...Bersama Kak Lin

Anda ada sebarang petua untuk dikongsi bersama? Sila hantar petua anda kepada Kak Lin di alamat Petua bersama Kak Lin, 56-1,Petaling Utama Avenue, Jalan PJS 1/50, Petaling Utama, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
UNTUK MELEBATKAN RAMBUT
•    Ambil sekepal nasi dan setengah biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan
sebuku garam. Kemudian diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepas itu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran itu dan biarkan selama 3 jam. Setelah itu bilaslah dengan air bersih.
•    Patah-patahkan daun lidah buaya kemudian sapukan ke rambut anda. Kemudian cucilah dengan air bersih.

UNTUK MENYEGARKAN RAMBUT
•    Ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih
dan apabila air serai itu sejuk,
sapukan rata-rata kepada rambut
anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala.
Dua jam kemudian basuhlah seperti biasa.Amalkan sekerap mungkin. Kalau boleh jangan kurang dari sekali seminggu.

•    Mahukan rambut selembut sutera dan secantik rambut model dalam iklan syampu? Cuba amalkan cara ini. Pada sebelah malam, sebelum tidur,lurutkan rambut anda dengan minyak bijan. Keesokan paginya, basuh dengan syampu dan bilas sehingga kering. Selepas itu gunakan minyak zaitun atau minyak
bayi sebagai perapi rambut dan sikatlah. (Jika anda berambut kerinting jangan terus menyikat bagi mengelakkan rambut dari putus dan bercabang).


UNTUK MENGILATKANRAMBUT
*Ambil dua genggam biji betik masak. Bersihkan dan jemur sampai kering. Kemudian goreng tanpa minyak sampai hangus. Setelah itu tumbuk atau giling sehingga lumat. Bancuhlah serbuk biji betik yangtelah lumat itu dengan air. Bersihkan rambut anda dan keringkan betul-betul. Kemudian sapu campuran tadi ke rambut. Hasilnya pasti rambut anda akan kelihatan berkilat-kilat.

0 KOMEN:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN