NAMA PENUH: Noor Neelofa Mohd
Noor
TARIKH LAHIR: 10 Februari 1989
ASAL: Pasir Mas, Kelantan
KELUARGA: Anak ketiga daripada
sembilan beradik
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana
Muda, Perdagangan Antarabangsa
& Pemasaran, Sunway University
College, Bandar Sunway, Selangor
KLIP VIDEO: Kau Bukan Aku
nyanyian kumpulan Tilu
PENGACARAAN: Paparazzi terbitan
KRU Studios, boleh diikuti menerusi
www.tonton.com.my dan Sekolahku
Hebat siaran Astro Ceria (saluran
611)
Dia memiliki pakej yang menyebabkan setiap
mata mahu memandangnya lebih daripada sekali. Dan keranaitu tidak hairanlah
namanya melonjak menjadi antara nama-nama yangpopular di tanahair dalam jarak
waktu yang singkat.
Pernah memenangi satu pertandingan mencari
bakat baru anjuran sebuah majalah tempatan, nama Neelofa Mohd Noor, 22, kini
mula mencuri tumpuan. Begitulah beruntungnya gadis kelahiran Pasir Mas,
Kelantan ini. Manakan tidak, saat artis-artis baru lain sedang bersusah payah
mencari ruang untuk mencipta nama, dia pula tidak putus-putus menerima tawaran
demi tawaran. Justeru itulah 1Suarame milihnya sebagai artis pertama menghiasi
muka depan edisi sulung akhbar ini.
Mendekati Neelofa, sesiapa sahaja pasti
kagum dengan kecantikan semulajadi yang dimilikinya.Sememangnya dia mempunyai
aura dan pesona seorang bintang!
Dalam temubual dengannya, Neelofa atau
lebih mesra dengan panggilan Lofa ini jelas tidak mahu memandang ke belakang
lagi. Kontroversi demi kontroversi yang pernah melandanya tidak berapa lama
dulu dianggap sebagai asam garam kehidupan sebagai anak seni. Dia memilih untuk
menghadapinya dengan hati terbuka. Pada masa yang sama bagi Lofa perkara itu
sedikit sebanyak mengajar dirinyaerti kematangan. Justeru, dia lebih selesa
untuk membiarkan segala tohmahan itu berlalu bagai debu dibawa angin.
“Sedar tak sedar sudah sembilan bulan Lofa
berada dalam dunia seni dan selama tempoh itu, macam-macam
perkara yang sudah Lofa lalui yang mana ada di antaranya hampir membuatkan Lofa
jatuh tersungkur. Apa pun, mujurlah Lofa masih dikelilingi oleh orang-orang
yang ‘supportive’ seperti ahli keluarga dan rakan-rakan artis yang lebih
berpengalaman dalam bidang seni. Mereka inilah yang banyak memulihkan semangat
Lofa.
“Sekarang, Lofa rasa lebih kuat dan lebih
bersedia untuk menghadapi cabaran dunia glamor. Bagi Lofa, what past is past
dan Lofa tak mahu lagi pandang ke belakang. Alhamdulillah, dalam orang duk
kutuk Lofa itu dan ini, rezeki Tuhan tak pernah putus,” luah pengacara baru
rancangan Nona ini tersenyum manis.
MENANTI DEBAR
Ditanya mengenai perjalanan seninya, gadis
berdarah campuran Melayu, Arab dan Pakistan ini teruja berkongsi bicara. Cerita
Lofa, langkah seninya bermula dalam bidang modeling dan iklan TV.
Sekiranya ada yang terperasan, kelibat Lofa
pernah muncul untuk beberapa buah iklan TV antaranya Nokia, Silky Girl, Fair
& Lovelydan F&N Fruit Tree. Namun waktu itu nama si manis ini belum
dikenali. Segalanya berubah selepas dia memenangi satu pertandingan mencari
bakat baru di kalangan gadis remaja anjuran sebuah majalah.
Dari situ, dia mula mengorak langkah dalam
bidang seni.
“Alhamdulillah, setakat ini kehadiran Lofa
diterima baik walaupun disulam gosip-gosipyang adakalanya membuatkan
Lofasendiri terkejut dengan sumber dan kesahihannya. Nak berkongsi mengenai
karier seni sekarang, rasanya ramai yang sudah tahu Lofa merupakan pelakon
utama untuk filem Azura 2011 arahan abang Aziz M.Osman. Selainnya, Lofa ada
juga berlakon beberapa buah drama televisyen antaranya ‘Kasih Najihah’,‘Tahajud
Cinta’ dan ‘Kitab Cinta’yang mana kesemuanya
merupakan arahan Erma Fatima.
“Pengalaman yang Lofa titip dari situ
menjadikan Lofa mula berasa seronok berada dalam lapangan seni. Lofa kini baru
saja selesai penggambaran untuk sebuah filem bergenre komedi arahan Hans Isaac
iaitu ‘ Lemak Kampung Santan’.“Oh ya, sebenarnya Lofa kini dalam debar menanti
ketibaan tahun2012 di mana buat pertama kalinya bakat lakonan Lofa akan
terpampang di layar putih. Lebih mengujakan, dalam tempoh sembilan bulan
bergelar anak seni, Lofa sudahada empat buah filem yang sedang menanti
tayangannya pada 2012 iaitu Azura 2011, Rentaz, Lemak Kampung Santan dan Saya
Amat Mencintaimu (SAM). Sebelum ini bakat lakonan Lofa hanya ditonton di
kaca-kaca televisyen melaluislot drama dan telemovie. Namun sekarang situasinya
pasti berbeza apabila ianya ditonton di pawagam. Itulah yang membuatkan Lofa
rasa teruja sebenarnya.”
SELESA TANPA ‘DIIKAT’
Berada dalam senarai antara bintang yang
galak menerima tawaran berlakon, hati tertanya- tanya bagaimana dia menguruskan
jadual hariannya. Maklumlah, tawaran lakonan tidak pernah putus yang mana pasti
ada tawaran yang terpaksa ditolak. Itu belum lagi dikira undangan untuk
fotografi akhbar, majalah dan menghadiri promosi filem.
Bagaimanakah dia menang tangan untuk
melakukan semua itu?Dengan senyum yang tak pernah lekang di bibir, Lofa terus
berkongsi bicara.
“Ya, Lofa tidak nafikan ada ketikanya Lofa
terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan kerana masa tidak mengizinkan untuk
Lofa melakukannya dalam satu masa. Dalam situasi ini, Lofa harus bijak mengatur
masa. Lofa tak mahu tamak menerima tawaran kerana bimbang akan memberi masalah
kepada diri sendiri dan orang lain kelak.
“Dalam hal ini Lofa mungkin bertuah kerana
sebahagian urusan seni Lofa dibantu oleh pihak KRU Studios. Lofa telah menandatangani
kontrak selama setahun bersama mereka sejak Januari lalu. InsyaAllah tamat
sahaja kontrak ini, Lofa bercadang untuk terus bergerak sendiri tanpa terikat
dengan mana- mana pengurusan lagi.
“Bukan apa, bagi Lofa adalah lebih mudah
Lofa buat sendiri dan keadaannya tidak menjadi lebih rumit dan kelam kabut.
Yalah, lebih senang apabila orang akan terus berurusan dengan Lofa kerana kita
akan lebih memahami situasinya. InsyaAllah suatu hari nanti sekiranya Lofarasa
tak menang tangan nak handle, Lofa akan carikan seorang Personal Assistant
(PA). Tapi buat masa terdekat ni belum terfikir lagi,” jelas pemegang Ijazah
Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University
College, ini mesra.
TENTANG LELAKI PILIHAN
“Kalau ikutkan, Lofa tidak bersedia nak
berbicara soal ni. Cuma apa yang boleh Lofa katakan, Lofa impikan seorang
lelaki yang ada visi dalam hidupnya, matang, boleh bimbing Lofa dalam segala
hal dan paling penting seorang yang menghormati Lofa
dan keluarga, bertanggungjawab serta memahami karier Lofa sebagai anak seni.
Secara fizikalnya, tidak handsome pun tak apa asal sedap mata Lofa memandang.
Yalah, kadangkala lawa atau tidak seseorang itu agak subjektif untuk
diperkatakan. Betul tak?” soalnya sambil terus berharap agar dirinya terus diterima
peminat bukan kerana kontroversi, tetapi kerana bakatyang ada pada dirinya.
0 KOMEN:
Post a Comment