Pelakon baru yang namanyatiba-tiba meletup
menerusi drama rantaian Juvana, Johan Asari seharusnya mampu berbangga kerana
pasangannya menerusi drama ‘Cinta Alysa’ , si cantikjelita Fasha Sandha
dikatakan sanggup berkorban masa deminya. Khabarnya lagi, Fasha sanggup turun
ke set penggambaran untuk melihat dirinya berlakon sekali pun ketika itu dia
tidak mempunyai sebarang babak untuk dilakonkan.
Wah..wah..wah..semacam je bunyinya Johan.
Tapi kata Johan jangan salah faham...semua
itu adalah kerana sikap prihatin Fasha yang mahu membantu pelakon baru
sepertinya agar tidak berasa kekok bersamanya di lokasi. Lagi pun, sebagai
pelakon baru, dia masih memerlukan tunjuk ajar daripada pelakon berbakat
seperti Fasha apatah lagi mereka merupakan pasangan kekasih dalam drama itu.
“Pertama kali berjumpa dengan Fasha, saya
rasa saya kecil sangat. Tapi bila sudah mula bercakap dengannya dia seorang
yang sangat baik, sering memberi sokongandan kata-kata semangat. Dia seorang
yang ramah dan komited dengan kerjanya,” jelas Johan yangmemegang watak Botak
menerusi drama Juvana ketika ditemui di sidang media Anugerah Skrin baru- baru
ini.
Pun begitu, beberapa gambarmesra yang kini
mula tersebar di laman sesawang memberi telahan lain buat peminat-peminat
duafigura popular ini yang Johan adalah kekasih baru Fasha. Betul atau tidak,
SS serahkan pada anda menilainya. Bak kata orang, sekeping gambar mampu memberi
1001 makna dan cerita. Ops!
SS:
Kata seorang teman, Johan nampak seksi dengan karekternya yang bersahaja... ya
ka??
0 KOMEN:
Post a Comment