Thursday, 17 November 2011

Sahri seronok dekati warga FELDA


Masih ingat dengan pelantun lagu ‘Memori Bahagia’ Sahri?
Ya, Sahri Akademi Fantasia musim pertama. Mungkin ada yang ter- tanya ke mana Sahri menghilang. Almaklumlah, jarang benar dapat melihat dirinya di kaca televisyen. Sebenarnya Sahri kini sedang melanjutkan pelajaran peringkat diploma di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya. Sahri yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang muzik itu sudah pun memasuki se- mester ke empat. Berpeluang bertemu Shari baru-baru ini, sempatlah dia berkongsi cerita mengenai karier seninya. Kata Sahri yang masih lagi menerima undangan nyanyian sep- erti private show, baru-baru ini dia berasa cukup berbesar hati kerana dijemput membuat persembahan sempena pertukaran nama Bandar Jengka, Pahang kepada Bandar Baru Tun Abdul Razak. Sambutan daripada masyarakat di sana sememangnya di luar jangkaan sekali pun diakui dia bukanlah sepopular artis yang lain.
“Sahri rindu betul nak masuk daerah yang menempatkan warga FELDA ni lagi. Seronok buat show kerana mereka sangat supportive. Pengalaman ketika membuat persembahan di penempatan FELDA ketika pembukaan namabaru untuk Bandar Jengka atau kini dikenali sebagai Bandar Baru Tun Abdul Razak pasti tidak akan Sahri lupakan.
“Berada di sana dapat Sahrilihat betapa kuat muafakat antara mereka. Kehidupan mereka kini jauh lebih baik dari 10 tahun dulu. Paling Sahri rindukan ialah nak makan sup tulang Kak Nor (sebuahrestoran di Felda Bandar Baru Tuan Abdul Razak) yang Sahri kira itulah sup tulang tersedap pernah Sahri rasa. Oh, seperkara yang nak Sahri kongsikan, Sahri sekeluarga ada- lah pengguna setia minyak masak Saji yang diketahui produk keluaran Felda. Kenapa? Sebab Sahri tahu pembuatannya cukup bersih dan berkualiti,” ujarnya yang merancang untuk terbitkan single terbaru agar tidak terus dilupakan peminat.
SS: Tak  sabar nak  menjengah warga FELDA seMalaysia.

0 KOMEN:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN