Thursday 17 November 2011

BINTANG YOUTUBE

Sekarang ini pelbagai medium digunakan oleh mereka yang ingin berkongsi bakat kepada umum, dan antara kaedah yang menjadi kegilaan, khususnya oleh remaja ialah memuat-turun video nyanyian mereka di laman Youtube. Ada yang beranggapan, ia suatu langkah bagi mencari publisiti murahan. Tetapi benarkah begitu? Apa Kata Bintang (AKB) sempat bertanyakan pandangan beberapa selebriti terkenal berhubung keghairahan sesetengah anak muda kita kini. Jom semak!

HAZAMA
Jujurnya saya lebih banyak melihat perkara ini ke arah satu perkembangan yang positif di mana Youtube menjadi salah satu medan terbaik masa kini untuk orang ramai berkongsi video yang mempamerkan bakat diri seperti nyanyian. Di sinilah kita berpeluang melihat bakat-bakat terpendam yang mungkin lebih versatile dan tersendiri. Kalau bernasib baik, bakat mereka mampu di ketengahkan ke peringkat yang lebih jauh sekiranya ia mendapat perhatian umum.





STACY
Stacy juga merasakan trend memuat-turunkan video seperti video mempamerkan bakat nyanyian ke laman Youtube satu perkembangan yangsihat. Tidak timbul soal cuba mencari publisiti murahan. Tapi kalau boleh buatlah dengan bersungguh-sungguh dan bukan sekadar tangkap muat.Mana tau bakat itu mendapat perhatian pihak komposer sekaligus ditawarkanmenjadi artis rakaman. Tidak mustahilkan memandangkan dah ramai penyanyi yang bermula dengan cara begini. Stacy menyokong sepenuhnya!



SHILA HAMZAH
Bagi Shila, adalah satu tindakan bijak sekiranya ada remaja mengambil peluang dengan kemudahan teknologi IT sekarang untuk memuat-turun video dan berkongsi bakat dengan pelayar maya menerusi laman Youtube ni. Bukan sekadar untuk berkongsi bakat, tetapi mungkin sebagai kenang kenangan
untuk diri sendiri. Malah Shila sendiri bila kebosanan masihberbuat perkara yang sama. Sekadar suka-suka dan hadiah untuk peminatShila sendiri nak tengok Shila menyanyi.




HAFIZ
Pada Hafiz, Youtube adalah satu platform terbaik masa kini untuk mereka yang berada jauh di pedalaman berkongsi bakat kepada orang ramai. Hafiz percaya, begitu banyak bakat-bakat terpendam di luar sana tetapi mereka buntu, tidak tahu ke mana harus mereka salurkan bakat itu. Dan Youtube menjadi medan paling tepat untuk mereka berkongsi bakat dengan khalayak umum. Hafiz sendiri sekiranya kelapangan, selalu juga menonton klip-klip di Youtube ni dan Hafiz dapat melihat sememangnya ada di antara mereka ni mempunyai bakat tersendiri yang boleh di ketengahkan.







RAQIB AF9
Selagi video yang dimuat-turun itu tidak merosakkan moral dan memesongkan aqidah, Raqib rasa itu bukanlah menjadi satu masalah.Mana tahu ada rezeki, bakat mereka itu mendapat perhatian para komposer sekaligus berminat untuk mengetengahkannya sebagai artis rakaman. Sebab kita sendiri tahu sudah ramai penyanyi yang ada sekarang bermula dengan memuat-turun video nyanyian mereka ke laman youtube. Tidak sahaja dinegara kita, malah kalau diperhatikan ada penyanyi remaja popular dunia, Justin Bieber misalnya bermula dengan bakatnya dikesan di laman Youtube.

0 KOMEN:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN