Thursday 17 November 2011

Akim gelabah hilang setengah juta peminat?

Lama tak bersua muka Akim,penyanyi yang mula meniti popular menerusi lagu Bengang. Atas jemputan pihak TV3 menghadiri majlis sidang media Anugerah Skrin 2011 baru-baru ini,sempatlah kami bertegur sapa. Akim yang kelihatan sedikit berisi masih seperti dulu, gemar berseloroh.
Bercerita tentang perkembangan terbarunya, kata  Akim dia baru sahaja menyiapkan sebuah single duet bersama Fiq Mentorber judul ‘Mesti Ada Cinta’. Lagu berkonsepkan  pop rock ini merupakan ciptaan sepenuhnya komposer Kunci demak.
Mengakui agak teruja dengan vokal mantap Fiq, Akim jelasnyaamat berbesar hati apabila diberi peluang oleh Kunci demak berkoliberasi dengan bekas juara Mentor musim kedua ini.
“Jujur, ini pertama kali Akim bekerjasama dengan Fiq dan kami sebenarnya tiada masalah untuk
berpadu suara. Single ini baru sahaja release dan mungkin akan diselitkan menerusi album pertama Akim yang dijangkan akan terbit pada Disember nanti, InsyaAllah.
“Menerusi album itu, mungkin Akim akan selitkan beberapa buah lagu terdahulu Akim yang sudah
sebati dengan diri peminat-peminat Akim sebagai bonus track. Itu satu tanda penghargaan Akim pada mereka. Setakat ini Akim dah kumpul hampir 50% materialnya,” ujar jejaka tinggi lampai ini seakan tidak sabarmenantikan kelahiran albumnya itu.
Selain menyanyi, ramai tahu bekas pelajar program realiti Akademi Fantasia 7 (AF7) ini turut berbakat dalam bidang lakonan.Pernah menjadi pelakon utama untuk drama rantaian Kau Dan Aku, terbaru Akim khabarnya sedang mempersiapkan diri untuk berlakon sebuah filem muzikal berjudul ‘HoreHore’ arahan Saw Teong Hin yang turut dibintangi oleh Adibah Noor,Harun Salim Bachik dan Kilafairy.
Khabarnya filem ini akan menemui penonton pada pertengahan tahun hadapan.Bercakap mengenai peminat, kata Akim baru-baru ini laman sosial facebooknya telah digodam. Paling membuatkan dirinya kesal, akaun Facebook yang dibukanya hampir dua tahun itu telah mengumpul hampir setengah juta peminat.
“Memang Akim terkilan sangat bila perkara ini berlaku pada Akim sendiri. Sebelum ni Akim adajuga dengar rakan-rakan artis lain yang fanpage mereka digodam.Tak sangka, kini giliran Akim pula.
Kesannya, Akim kini kena buka balik satu fan page baru dan bermula dari kosong untuk mengumpul peminat.Bukan senang nak mengumpul setengah juta peminat. Nasib baiklah penggodam tu tidak menulis status yang  bukan-bukan yang boleh menjatuhkan reputasi Akim. Buat semua peminat Akim, bolehlah likefanpage baru Akim di www.facebook.com/akimahmad punya atau followAkim di twitter.com/akimahmad,”tegasnya mengakhiri bicara.

0 KOMEN:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN