Showing posts with label SURI. Show all posts
Showing posts with label SURI. Show all posts

Thursday, 17 November 2011

PETUA
...Bersama Kak Lin

Anda ada sebarang petua untuk dikongsi bersama? Sila hantar petua anda kepada Kak Lin di alamat Petua bersama Kak Lin, 56-1,Petaling Utama Avenue, Jalan PJS 1/50, Petaling Utama, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
UNTUK MELEBATKAN RAMBUT
•    Ambil sekepal nasi dan setengah biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan
sebuku garam. Kemudian diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepas itu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran itu dan biarkan selama 3 jam. Setelah itu bilaslah dengan air bersih.
•    Patah-patahkan daun lidah buaya kemudian sapukan ke rambut anda. Kemudian cucilah dengan air bersih.

UNTUK MENYEGARKAN RAMBUT
•    Ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih
dan apabila air serai itu sejuk,
sapukan rata-rata kepada rambut
anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala.
Dua jam kemudian basuhlah seperti biasa.Amalkan sekerap mungkin. Kalau boleh jangan kurang dari sekali seminggu.

•    Mahukan rambut selembut sutera dan secantik rambut model dalam iklan syampu? Cuba amalkan cara ini. Pada sebelah malam, sebelum tidur,lurutkan rambut anda dengan minyak bijan. Keesokan paginya, basuh dengan syampu dan bilas sehingga kering. Selepas itu gunakan minyak zaitun atau minyak
bayi sebagai perapi rambut dan sikatlah. (Jika anda berambut kerinting jangan terus menyikat bagi mengelakkan rambut dari putus dan bercabang).


UNTUK MENGILATKANRAMBUT
*Ambil dua genggam biji betik masak. Bersihkan dan jemur sampai kering. Kemudian goreng tanpa minyak sampai hangus. Setelah itu tumbuk atau giling sehingga lumat. Bancuhlah serbuk biji betik yangtelah lumat itu dengan air. Bersihkan rambut anda dan keringkan betul-betul. Kemudian sapu campuran tadi ke rambut. Hasilnya pasti rambut anda akan kelihatan berkilat-kilat.

PETUA 1


Seperti yang anda sudah ketahui,kekurangan nutrien boleh menjejaskan kesihatan dan kecergasan badan. Walaupun amalan pemakanan sihat sangat penting, terdapat mitos yang boleh menjejaskan kesihatan anda jika anda mempercayainya.

Berikut adalah mitos mengenai pemakanan sihat:

1. Bersenam dengan perut kosong.
Jika perut anda berkeroncong, ia cuba memberitahu anda sesuatu.Jika anda tidak menghiraukannya, anda memaksa badan anda bekerja tanpa bahan bakar. Sebelum bersenam atau melakukan apa-apa aktiviti fizikal, pastikan anda mengambil makanan ringan terlebih dahulu seperti sebiji epal.

2. Bergantung kepada biskut dan minuman tenaga.
Walaupun elok mengambilnya sekali sekala, ia tidak membekalkananti oksidan yang anda perlukan untuk menghalang penyakit. Lebih baik anda bergantung kepada buah-buahan dan sayur-sayuran
memandangkan ia penuh dengan vitamin, mineral, cecair dan serat.

3. Tidak mengambil sarapan pagi.
Tidak mengambil sarapan bukanidea yang bagus memandangkan sarapan pagi memulakan hari
anda. Badan anda memerlukan bahan bakar secepat mungkin, dan tanpanya, anda akan berlapar
hingga ke tengahari.

4. Diet rendah karbohidrat.
Badan anda memerlukan karbohidrat untuk otot danjuga penyimpanan tenaga.

5. Makan apa saja yanganda mahu.
Pemakanan sihat dan bersenam tidak memberi anda lesen untuk memakan apa saja yang anda mahu.Kita semua memerlukan nutrien yang sama, sama ada kita bersenam atau tidak.

6. Kalori tidak mencukupi
Walaupun menurunkan berat badan melibatkan kalori, kehilangan secara mendadak adalah merbahaya.Apa yang perlu dilakukan adalah mensasarkan untuk menurunkan1 – 2 paun seminggu.

Pastikan anda mendapat kalori yang cukup untuk membolehkan badan anda berfungsidengan sempurna.

7. Kurang minum.
Air, susu dan jus adalah minuman terbaik untuk mereka yang aktif.Anda perlu kerap minum dan tidak menunggu dahaga. Apabila anda merasa dahaga, badan anda sudah merasa kesan kekurangan
air.

Menukar cara anda makan adalah langkah penting ke arah pemakanan sihat dan ia akan memberi kesan ke atas kesihatan anda. Semakin sihat pemakanan anda, semakin sihat badan anda.Tidak kira berapa umur anda, pemakanan sihat merupakan sesuatu yang perlu anda utamakan. Jika anda memberi peluang kepada pemakanan sihat, anda segera akan melihat bagaimana ia mengubah
kehidupan anda – kepada yang lebih baik.

METOS Makanan Sihat

Mas cotek, lidah buaya, cekur, hempedu bumi, kacip fatimah dan pokok kecubung
menggantikan pokok bunga di halaman rumahnya.


Trend penanaman herba sebagai tanaman hiasan mungkin masih baru, tetapi ia semakin mendapat tempat. Telah semakin banyak pihakyang melihat tumbuh-tumbuhan itu tidak kurang hebatnya jika dibanding dengan tumbuhan ornamental yang mempunyai nilai estetik yang cantik dan menarik.
Yang lebih pentinglagi tumbuhan herba membekalkan berbagai manfaat sampingan,termasuk menyumbang kepada pendapatan keluarga.
Menyedari manfaat-manfaat itu lah Noraini Mohamad, 52, memilih tumbuhan herba sebagai penghiasan perkarangan rumahnya.
Melangkah ke perkarangan rumah Noraini di Kampung MatangKunda, Bagan Datoh, Perak, akan membuatkan pandangan kita pantas terarah pada lanskapnya yang disana sini diserikan oleh tumbuh-tumbuhanyang jarang dilihat.
Menurut Noraini, semuanya bermula dengan minat semula jadinya menanam bunga-bungaan. Dari situlah tercetusnya idea untukmenghiasi kawasan rumahnyadengan tumbuh-tumbuhan herba.
Dan wanita ini bernasib baik kerana mendapat sokongan padu daripada suaminya, Mohd Nawawi Sudarmo, 52, yang juga mempunyai kecenderungan yang sama. Hasilnya kini terdapat puluhan jenis tumbuhan herba di sekitar kawasan rumah mereka. Antaranya termasuk mascotek, lidah buaya, cekur, hempedu bumi, kacip fatimah dan banyak lagi.
Malah pokok kecubung juga turut ditanam.Kesungguhan pasangan ini dapat dilihat daripada usaha mereka meletakkan papan nama pada  kebanyakan pokok yang ditanam.
Dan usaha itu pula memang berbaloi.Kerananya mereka telah beberapa kali memenangi pertandingan lanskap di peringkat daerah. Selain itu herba-herba yang ditanam juga turut memberikan pulangan dalam bentuk wang ringgit. Selain dijual kepada mereka yang datang membelinya di rumah, pasangan tersebut juga memasarkannya di pasar-pasar sehari yang berhampiran.
Tetapi ringgit bukanlah yangdikejar oleh pasangan ini. Yang mereka dambakan ialah kepuasan kerana mencantikkan persekitaran dan pada masa yang sama membantu menyuburkan khazanah-khazanah alam yang kaya dengan rahsia dan khasiatnya.
 


Aneka herba di halaman


Dankini mereka telah ‘menikah’ sebanyak 100 kali,sekaligus mencatatkan rekod sebagai pasanganyang paling banyak kali ‘menikah’.

Ada bermacam cara untuksetiap pasangan menzahirkan rasa cinta masing-masing.Bagaimanapun cara yang dipiliholeh Lauren dan David Blair mungkinagak luar biasa. Pasangan dariHenderson, Tennessee, AmerikaSyarikat itu ‘memperbaharui’ lafazpernikahan mereka beberapa kalisetahun.
Dan kini mereka telah ‘menikah’sebanyak 100 kali, sekaligus mencatatkan rekod sebagai pasangan yang paling banyak kali‘menikah’.
Mereka tidak pernah bercerai.Apa yang dilakukan ialah pasangan itu ke gereja dan melakukan sumpah pernikahan demi memperbaharui cinta dan kasih sayang mereka.
Kali pertama Lauren danDavid mengucapkan ‘I Do’ ialah pada musim panas tahun 1984 diTopanga Canyon, California.
Sehingga tahun 2001,pasangan itu ‘menikah semula’sebanyak 66 kali.Mereka menjadikan jumlah itu100 kali apabila melafazkannya lagi di Honolulu pada 2 Oktoberlalu.
“Kami tahu kami dilahirkan untuk hidup bersama, selama lamanya.Sebab itu kami mahuterus menghangatkan cinta kami dengan lafaz tersebut dari semasake semasa,” kata David, yang kiniberusia 60 tahun.
“Saya suka memandang mata David setiap kali dia melafazkan sumpahnya. Saya tahu lelaki ini akan menyintai saya hingga ke akhir hayat,” kata Lauren, 58.David dan Lauren jatuh cinta pandang pertama pada tahun 1982.
Mereka keluar bersama dua hari kemudian dan selepas tiga bulan, David menyatakan hasrat untuk mengahwini gadis itu – hasrat yangpada mulanya ditolak oleh Lauren!

Nikah 99 kali

Semasa melayari dari satu laman sesawang ke laman sesawangyang lain, dari satu blog ke blog berikutnya, penulis tersinggahdi http://feldatrolaktimur.pjk. com.my, iaitu laman pusat jalur komuniti yang memuatkan pelbagai maklumat mengenai Felda Trolak Timur dan warganya.
Penulis teruja ialah apabila membaca butiran aktiviti Gerakan Persatuan Wanita (GPW) di rancangan Felda terkenal yang terletak di Slim River, Perak itu, terutama sejarah penubuhan Bengkel Kemahiran Pendidikan (Jahitan) yang bermula sejak1985.
Menurut apa yang tercatat di situ, bengkel tersebut pada mulanya beroperasi di rumah Rumah Peserta Felda Trolak Selatan, Dewan Orang Ramai dan Surau Peringkat 4 Felda Trolak Timur. Peserta diajar secara berkumpulan oleh seorang pemaju masyarakat yang baru dipindahkan ke situ dari Bagan Datoh.
Mengikut jadual aktiviti, pada setiap pagi Isnin dan Rabu, GPW Trolak Timur mengadakan aktivitigotong- royong, manakala pada hampir setiap Isnin, Rabu dan Khamis, diadakan pula pengajian agama, di surau, dewan dan masjid.
Selain itu persatuan yang dipimpin oleh Puan Zaharah Daud itu turut giat dengan aktiviti ceramah, bengkel dan projek menambah pendapatan peserta bengkel.

Teruja dengan GPW Trolak Timur

Sesiapa juga yang mengenal FELDA dari dekat akan mengakui satu hakikat bahawa agensi itu tidak pernah mengabaikan hak dan kepentingan kaum wanita.
Malah peranan kaum itu sentiasa diperhebat dari semasa semasa. Pelbagai langkah dan inisiatif, diambil serta terus dirancang bagi meningkatkan pembabitan mereka.Penubuhan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) yang sehingga kini terus memainkan peranan proaktif di rancangan-rancangan FELDA adalah sebahagian daripada buktinya.Selain itu masih terdapat pelbagai bukti lain, termasuk yang tidak nyata.
Sebagai contoh, FELDA meletakkan syarat utama untuk menjadi peneroka ialah seseorang itu mestilah berkahwin.
Apakah yang tersirat di sebalik perkataan berkahwin itu?
Tentulah ia bermakna seseorang pemohon itu telah beristeri. Dan sudah tentulah pula yang dimaksudkan isteri itu seorang wanita.
Tidakkah ini membawa erti bahawa wanita mempunyai peranan yang cukup besar dalam menjayakan permohonan seseorang yang mahu menjadi peneroka?
Ia juga sekaligus bermaksud bahawa FELDA mengiktiraf peranan kaum hawa tersebut terhadap pembangunan FELDA umumnya, dan negara khususnya. FELDA sedar peri pentingnya peranan kaum isteri untuk turutbersama suami menggerakkan apa juga usaha di rancangan FELDA.Satu lagi bukti pengiktirafan FELDA ialah dalam soal penamaan geran. Kalau dahulu geran cuma adasatu nama, kini FELDA membolehkan nama isteri dimasukkan sebagai penama kedua dalam pegangan hak milik tanah.
FELDA juga tidak pernah mengabaikan isteri-isteri peneroka yang kematian suami. Sejaktahun 2008 hingga kini sejumlahRM74.3 juta telah dibayar kepada balu peneroka. Ertinya, mereka mendapat apa yang sepatutnyamenjadi milik mereka. Jantinadan status tidak pernah diangkat sebagai batu penghalangnya.
Demi untuk meningkatkan peranan kaum wanita jugalah, FELDA berusaha melahirkan sebanyak mungkin usahawan- usahawan wanita di kalangan warganya. Mengikut rekod, lebih20 peratus daripada jumlah usahawan yang berjaya dilahirkan oleh FELDA melalui pelbagai skim, seperti Skim Insentif Usahawan FELDA, terdiri daripada kaum wanita. Dan angka itu terus meningkat.
Jumlah kakitangan wanita yang bertugas dengan FELDA juga sangat membanggakan walaupun masih perlu ditambah. Rekod terkini menunjukkan peratusannya melebihi 15 peratus dan antara mereka termasuk tiga orang yang berada dalam senarai pengurusan tertinggi FELDA Global Ventures(GBV) dan juga tiga daripada 10pengarah di ibu pejabat FELDA.
Sebagai inisiatif untuk terus menghargai wanita. FELDA  turut menyediakan anugerah untuk GPWterbaik, selain mewujudkan anugerah ‘Ibu Mithali FELDA’ setiap tahun.FELDA tidak akan berhenti di situ. Kita percaya, banyak lagi langkah dan usaha lain akan diambil demi meletakkan wanita di tempat yang lebih tinggi.
Bagaimanapun penentu sebenar terhadap kejayaan semua inisiatif itu tentulah kaum wanita FELDAsendiri. Kerajaan, melalui FELDA boleh menyediakan joran dan umpan, namun kaum wanitalah yang harus bertindak sebagai pemancing.
Sebab itulah penyertaan warga wanita FELDA dalam pertubuhan- pertubuhan yang wujud di tanah- tanah rancangan seperti GPW harus sentiasa dialu-alukan. Ia bukan sahaja wajar dijadikan platform untuk wanita menabur bakti terhadap masyarakat setempat , tetapi juga secara tidak langsung akan dapat menzahirkan pemikiran dan kemahiran mereka dalam membangunkan keluarga yang lebih berkualiti sertaseterusnya membantu mewujudkan kelompok masyarakat yang lebih berintegriti.

FELDA iktiraf peranan wanita

VIDEO PILIHAN