Showing posts with label SUKAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN. Show all posts

Sunday, 20 November 2011


 BINTANG FELDA UNITED
LIEW KIT KEONG
Dikagumi kerana jaringan-jaringannya yang cantik.
Pemain yang diberi jolokan ‘The Flying Ah Liew’ ini dilahirkan pada 6 Januari 1979 di Perak.
Kit Kong memulakan kariernya sebagai pemain amatur bersama Perak FA pada tahun 1999 dan setahun kemudian menandatangani kontrak sebagai pemain profesional.
Seawal usia 20 tahun, Kit Kong juga telah diberi kepercayaan mewakili negara. Bagaimanapun namanya berada dalam kesebelasan utama hanya tiga tahun kemudian.
Pemain yang menjadi bintang Felda United ini pernah memenangi Anugerah Penyerang Terbaik bagi musim 2007-2008, mengatasi Mohd Safee Mohd Sali dan Mohd Zakuan Adha Abdul Radzak walaupun ketika itu dia bermain dalam liga divisyen dua.
Kit Kong sering dikagumi kerana jaringan-jaringannya yang cantik. Dia merupakan salah seorang daripada pemain yang mewakili negara dalam perlawanan persahabatan menentang Brazil.
Semasa Piala Tiger 2004, kehadiran Kit Kong memberi impak besar kepada barisan serangan Malaysia sehingga berjaya menumpaskan Indonesia dalam perlawanan separuh akhir. Kit Kong menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu.
Selepas tahun 2005, Kit Kong tidak pernah lagi bersama pasukan kebangsaan. Bagaimanapun pada tahun 2008, dia dipanggil semula oleh jurulatih B. Sathianathan untuk berlatih bersama pasukan negara bagi menghadapi satu perlawanan persahabatan dengan Indonesia.

LIEW KIT KEONG

Dunia bola sepak profesional memang sarat dengan angkaangka ringgit yang ‘ganas’.
Ia lazimnya melangkaui puluhan juta, malah ada kalanya menjadi beratus juta – jumlah yang tidak mungkin dikumpul oleh kebanyakan kita walaupun bekerja siang malam selama beberapa keturunan.
Selalunya yang disogokkan kepada kita ialah pendapatan bintang-bintang yang berklas dunia. Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo, Kaka, Samuel Eto’o, semuanya adalah bintang-bintang yang mengaut puluhan juta setiap tahun.
Jumlah yang melayakkan mereka hidup dalam longgokan wang. Bayangkanlah pemain termahal di dunia sekarang, Lionel Messi dijangka mengaut pendapatan kirakira RM134 juta bagi tahun 2011.
Jumlah itu diperolehi daripada gaji, elaun dan pelbagai kontrak pengiklanan yang ditandatanganinya. Angkanya tentulah berkali ganda lebih banyak daripada peruntukan yang diberikan untuk memajukan sukan bola sepak di negara ini.
Dalam mengira kekayaan para pemain, mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula keadaan pengurus-pengurus pasukan bola sepak yang ternama di dunia. Adakah mereka juga hidup mewah, atau sekadar ‘menghirup kuah’ sementara si pemain membaham isinya?
Jawapannya, mereka juga kaya raya dan senang lenang. Ramai di kalangan pengurus pasukanpasukan gergasi itu membawa pulang gaji berpuluh juta ringgit setahun.
Mendahulu senarai ialah pengurus kelab Real Madris, Jose Mourinho. Lelaki berusia 48 tahun yang berasal dari Portugal itu menerima gaji tahunan kira-kira RM57 juta setahun atau RM156,000 sehari!
Di tempat kedua ialah Pep Guardiola, pengurus pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona. Baru berusia 40 tahun, Guardiola telah mampu meraih pendapatan RM45 juta setahun.
Rafael Benitez, bekas pengurus Inter Milan pula memperolehi pendapatan RM44 juta setahun.
Walaupun tidak begitu terkenal sebagai pemain pada zaman mudanya kerana hanya bermain untuk liga kelas bawah di Sepanyol, namun Benitez begitu menyerlah dalam bidang kejurulatihan. Dalam usia belum mencapai 30 tahun dia telah diberi amanah menjadi penolong pengurus kelab terkenal Real Madrid. Kini, pada usia 51 tahun Bernitez menduduki carta sebagai pengurus ketiga termahal di dunia.
Seorang lagi pengurus yang tidak kurang lumayan gajinya ialah Fabio Copello, bekas pengurus pasukan Itali yang kini menjadi pengurus pasukan kebangsaan England.
Dengan rekod-rekod cemerlangnya sepanjang berkhidmat sebagai pengurus beberapa pasukan ternama di Itali, termasuk Milan dan Juventus, serta pernah mengemudi pasukan Real Madris, England tidak teragak-agak membayar gaji RM37 juta setahun kepada lelaki yang telah berusia 65 tahun ini.
Begitulah besarnya pendapatan mereka. Teruja? Nanti dulu. Ada seorang lagi yang mendapat pendapatan jauh lebih banyak daripada mereka. Malah pendapatannya lebih besar daripada Messi.
Dia ialah pemain golf yang panas dengan kisah kecurangannya tempoh hari, Tiger Wood. Bayaran yang diterima oleh Wood tahun ini ialah kira-kira RM210 juta!

Pengurus Termahal Dunia

Tuesday, 15 November 2011


Bola sepak adalah sukan nombor satu, bukan sahaja di negara ini, tetapi juga di dunia. Minat yang mendalam terhadap sukan ini turut dialami oleh warga Felda.
Kerajaan, menerusi Felda telah menyediakan segala infrastruktur dan kemudahan bagi memupuk minat itu.
Seiring dengan itu juga, Felda menyedari bahawa langkah-langkah yang lebih proaktif harus diambil bagi meningkatkan penglibatan dalam pembangunan sukan di negara ini.
Atas sebab itulah agensi tersebut menggerakkan inisiatif untuk menubuhkan pasukan bola sepak bagi bersaing di dalam liga FAM
2007. Penubuhan pasukan bola sepak yang dikenali sebagai Felda United ini adalah hasil cetusan idea Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Kelab ini dirasmikan secara gilang-gemilang oleh Najib pada 19 Januari 2007 di Dewan Perdana Felda.
Walaupun masih muda usianya,Felda United dikenali sebagai salah sebuah pasukan yang paling konsisten dalam liga FAM.
Pasukan ini selalunya menjadikan Stadium Petronas di Bangi sebagai gelanggang sendiri. Stadium Mindef dan beberapa stadium lain, seperti
Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya  dan Stadium Bola Sepak Cheras juga sering mengambil alih peranan itu dalam keadaan di mana Stadium Petronas digunakan oleh pihak lain.Bagaimanapun masalah gelanggang ini akan berakhir apabila
Felda United memiliki stadiumnya sendiri tidak lama lagi.Pengumuman mengenai pembinaan stadium berharga RM87.9 juta di Bandar Tun Abdul Razak (dahulunya Bandar Pusat Jengka) diumumkan oleh Perdana Menteri semasa merasmikan HariPeneroka 2011 tidak lama dahulu.Felda United, yang juga digelar Budak Felda, tersohor di kalangan peminat sukan bola sepak tanah air dengan taglinenya‘Serang Bang Serang’.Pasukan itu kini dilatih oleh E. Elavarasan.

Mengenali FELDA United

VIDEO PILIHAN