Showing posts with label SERANTAU. Show all posts
Showing posts with label SERANTAU. Show all posts

Sunday, 20 November 2011




Dia dihumban ke penjara maut.Selain dirinya, kira-kira 16,000 orang lagi dipenjarakan di situ, sebahagian daripadanya terdiri daripada kaum wanita dan kanakkanak. Seperti semua tahanan lain, dia dituduh sebagai penentang regim. Satu tuduhan yang dinafikannya berkalikali.

Tetapi di bawah regim Khmer Rouge, sekali tuduhan dikenakan ke atas anda, jangan harap anda boleh melepaskan diri.Lazimnya, anda dibicarakan bukan untuk mencari keadilan, tetapi untuk dihukum. Biasanya yang menanti hanya satu hukuman: mati!

Daripada 16,000 orang penghuni ‘penjara maut’ itu hanya dia dan enam orang lain yang terselamat. Dan yang menyelamatkannya ialah bakatnya dalam bidang seni lukis.Begitulah ‘tuah’ badan Vann Nath.

Dilahirkan pada tahun 1945 di Battambang dan dibesarkan di Wat Sopee, Van Nath datang dari sebuah keluarga miskin.Dia mempunyai dua adik-beradik lelaki dan seorang kakak.Ibu bapa mereka bercerai.Untuk menampung hidup keluarga Nath menjual ‘noop bangchop’ sejenis mi tempatan.

Nath bersekolah hanya seketika kerana terpaksa terpaksa berhenti akibat kesempitan hidup.Waktu di bangku sekolah itulah minatnya terhadap lukisan bertunas. Untuk membantu ibunya, pada usia 14 atau 15 tahun, Nath bekerja kilang dengan pendapatan antara 500-600 riel sebulan (kira-kira RM1).

Pada usia 17 hingga 21 tahun, dia menghabiskan usianya di wat dengan menjadi sami – satu amalan biasabagi penganut Buddha yang taat di Kampuchea. Setelah kakaknya meninggal, Vann Natt kembali tinggal bersama keluarga dan atas usahanya sendiri dia memasuki sebuah sekolah lukisan milik persendirian.Tetapi ketidakmampuan membayar yuran hampir saja menyebabkan pelajarannya tergendala. Mujurlah pihak sekolah bermurah hati membenarkannya bekerja di situ secara sambilan sebagai satu cara menjelaskan yuran.
Sebelum pemerintahan Khmer Rouge, Nath berumah tangga dan menjalani kehidupan sebagai pesawah. Pada masa yang sama dia terus melukis. Nasib Nath berubah pada 30 Disember 1977 apabila ditahan oleh askar-askar Khmer Rouge atas dakwaan cuba menggulingkan pemerintah dan menjadi ‘musuh rejim’.

Nath dibawa ke sebuah pusat tahanan dan di situ dia diseksa dengan berbagai cara. Pada 7 Januari tahun berikutnya, dia dihumban ke penjara Tuol Sleng , yang dikenali juga sebagai penjara S-21. Penjara itu yangpaling digeruni oleh rakyat Kampuchea sepanjang tempoh pemerintahan Khmer Rouge dan kerana itu ia diberi jolokan ‘penjara maut’.

Nath bernasib baik kerana sewaktu baru dibawa ke penjara itu seorang pengawal rejim mengesan bakat melukis yang dimilikinya.Dia dibawa bertemu penguasa penjara itu, Kaing Guek Eav atau dikenali juga sebagai Duch.Tertarik dengan bakat yang dimiliki oleh Nath, Duch menugaskannya melukis potret pemimpin besar Khmer Rouge, Pol Pot.Selain itu dia juga disuruh menyiapkan patung-patung pemimpin tersebut.

Dengan tugasan yang dipikulnya, Nath tidaklah diseksa dan didera seperti tahanan-tahanan lain. Namun hanyalah itulah sahaja ‘faedah’ yang diperolehinya. Selain itu dia tidak menerima sebarang keistimewaan lain. Dia terpaksa meringkuk bersama tahanan-tahanan lain dan menerima layanan harian yang sama seperti mereka.

“Keadaan di penjara itu tidak boleh dibayangkan.Kami hanya diberi tiga sudu the bubur nasi dua kali sehari.Kelaparan sentiasa mencengkam hingga ada kalanya saya terfikir hendak makan daging manusia,” cerita Vann Nath. Menurut lagi, disebabkan lapar, mereka sering makan apa saja serangga atau binatang yang jatuh dari siling.

Itu pun selalunya berebut-rebut dan di luar pengetahuan pengawal. “Jika pengawal tahu, kami akan dibunuh.”Menikmati bubur di tepi mayat merupakan perkara biasa. Kadang-kadang mayat itu telah reput dan berbau. Namun alah bisa tegal biasa.Ia tidak menjadi masalah kepada Vann Nath dan tahanan-tahanan lain, walaupun pada waktu mula-mula melalui keadaan itu mereka muntah dan tak berselera makan.

Seorang demi seorang rakan yangberkongsi sel tahanan dengan Vann Nathdibawa pergi dan dibicarakan.Selalunyamereka tidak kembali ke situ lagi sebabmereka dibawa ‘untuk bertemu denganajal’ masing-masing.

Pada Januari 1979, setelah genapsetahun Nath berada di S-21, regim PolPot berjaya ditumbangkan oleh tenteraVietnam yang menyerang Kampuchea.Nath mengambil kesempatan itu untuklari dari penjara.Dia kembali ke Battambang untukberjumpa dengan isteri dan keluarganya.Ketika itu jugalah Nath diberitahu duaanak lelakinya meninggal dunia semasadia di dalam tahanan.

Nath kemudian kembali ke PhnomPenh dan seterusnya ke S-21.Kali inibukan sebagai tahanan, tetapi untukmerakamkan pengalaman menyaksikankekejaman Khmer Rouge ke ataskanvas.Dia melukis semula segalaadegan-adegan seksaan yang pernahdisaksikan dengan matanya sendirisemasa di kampung dan setelahdihumban ke S-21.

Pemerintah baru mengubahsuai S-21dan menjadikannya sebagai MuziumPembunuhan Beramai-ramai.Ia dibukakepada umum pada tahun 1980.Dan lukisan-lukisan Nath tuut dipilihmenghiasi muzium itu.Nath kemudian meneruskanhidupnya sebagai pelukis, di sampingmengusahakan sebuah restoran.Masanya juga banyak dihabiskan untukmemperjuangkan hak bekas-bekasmangsa kezaliman Pol Pot, di sampingterlibat dalam penerbitan filem danpenulisan buku mengenai kehidupan dibawah Khmer Rouge.

Nath meninggal dunia pada 4 September2011 setelah lama menderita pelbagaipenyakit kronik termasuk sakit buahpinggang.Kira-kira tiga bulan setengahsebelum itu dia dianugerahkan ijazahkehormat Doktor Falsafah oleh Universityof Paris VIII.

Lukisan jadi penyelamat

Tuesday, 15 November 2011

RATUSAN RIBU JADI MANGSA termasuk UMAT ISLAM

Turut menjadi mangsa kekejaman Khmer Rouge ialah umat Islam di Kampuchea, terutama daripada etnik Cham. Sebelum pemerintahan regim Pol Pot itu dianggarkan terdapatkira-kira 700,000 orang-orang Islam Cham di Kampuchea. Jumlah itu mewakili 10 peratus penduduk negara tersebut.
Bagaimanapun selepas kejatuhan Pol Pot, bilangan mereka hanya tinggal kira-kira 200,000. Sebahagian besar dipercayai mati dibunuh manakala yang lain menjadi pelarian di negara-negara tetangga, termasuk Malaysia.
Di bawah pemerintahan Khmer Rouge, orang Islam dipaksa meninggalkan semua amalan yang dituntut oleh agama. Imam dan pemimpin-pemimpin yang berpengaruh dibunuh. Bersolat, berpuasa, membayar zakat dan menyambut Aidilfitri serta mengadakan apa juga upacara keagamaan dilarang sekeras-keras. Tidak cukup dengan itu umat Islam dipaksa memakan babi, kaum wanitanya pula dilarang bertudung. Khmer Rouge juga membakar kitab suci al-Quran, buku-buku agama, serta peralatan seperti telekong dan sejadah.
Untuk melenyapkan identiti orang- orang Cham, Khmer Rouge melarang penggunaan nama-nama Islam yang biasa mereka gunakan. Sebaliknya mereka dipaksa mengunakan nama Khmer.
Pertuturan menggunakan bahasa Cham, dan bahasa-bahasa lain selain bahasa Khmer dilarang sama sekali. Mereka yang melanggar larangan itu akan ditangkap dan dibunuh.

RATUSAN RIBU JADI MANGSA termasuk UMAT ISLAM

Khmer Rouge adalah nama lain bagi Regime of Democratic Kampuchea (DK) yang diketuai oleh Pol Pot dan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Kampuchea yang menguasai bumi Angkor Watt dari 1975 hingga 1979.

" Dianggarkan Kampuchea kehilangan lebih satu pertiga penduduk sepanjang tempoh 3 tahun 8 bulan 20 hari pemerintah Pol Pot "

Dalam kegilaan untuk mentranformasikan sistem ekonomi Kampuchea kepada sistem komunis ala Mao dan Marxis-Leninist bagi membentuk masyarakat yang kononnya ideal – tiada yang kaya dan tiada yang miskin - regim itu bertindak drastik dengan memindahkan lebih dua juta penduduk Phnom Penh dan bandar- bandar lain ke kawasan luar bandar untuk mengusahakan tanah-tanah pertanian secara kolektif.
Askar-askar Khmer Rouge pergi dari rumah ke rumah, memaksa setiap keluarga berpindah segera kononnya untuk mengelak daripada serangan bom tentera Amerika Syarikat dan mereka dijanjikan akan dibenarkan pulang dalam masa tiga hari.
Arahan perpindahan itu menyaksikan beratus ribu orang, lelaki dan perempuan, kanak-kanak, orang dewasa dan orang-orang tua membanjiri jalan raya setiap hari menuju ke kawasan-kawasan yang telah ditetapkan. Semuanya berjalan kaki keana tiada sebarang kenderaan dibenarkan.
Setiap perjalanan memakan masa seminggu atau lebih. Ramai yang mati akibat kelaparan
dan keletihan. Lazimnya yang tidak berupaya dan dianggap mengganggu perjalanan akan ditinggalkan, lalu dibiarkan mati bersendirian.
Dalam transformasi radikal yang diperkenalkan itu, Khmer Rouge menutup semua bank,
kedai atau juga bentuk perniagaan sebagai langkah menghapuskan penggunaan wang, pasaran terbuka dan pemilikan harta peribadi.
Pakaian ala barat diharamkan sama sekali, begitu juga dengan pakaian atau apa juga budaya tradisi Kampuchea. Semua orang, termasuk pemimpin CPK, mesti memakai pakaian berwarna hitam yang merupakan seragam rasmi revolusi.
Sekolah-sekolah juga ditutup. Agama diharamkan. Pagoda, masjid, gereja, bangunan sekolah dan universiti, malah bangunan- bangunan kerajaan kebanyakannya diubahsuai untuk dijadikan penjara atau pusat tahanan.
Tidak ada hiburan dan tidak ada kenderaan awam. Sebarang bentuk riadah juga dikawal ketat. Semua orang tidak dibenarkan keluar dari kawasan yang telah ditetapkan untuknya. Perbincangan dilarang sama sekali. Jika anda berkumpul tiga orang, dan berbual, anda boleh dituduh sebagai musuh regim. Akibatnya anda akan ditahan dan mungkin dihukum bunuh.
Hubungan kekeluargaan tidak dialu-alukan. Di kem-kem revolusi di mana rakyat dipaksa bekerja di sawah dan ladang selama 12 jam
sehari, setiap ahli keluarga dipisah- pisahkan. Hanya bayi dan anak kecil dibenarkan mengikut ibu, tetapi jika
si bayi itu dilihat boleh mengganggu kelancaran kerja si ibu, besar kemungkinan dia akan dibunuh.
Khmer Rouge juga menjalankan dasar memusuhi cerdik pandai. Bagi mereka orang berilmu adalah berbahaya. Akibatnya banyak golongan terpelajar yang dibunuh.
Dasar-dasar gila regim Pol Pot itu memakan banyak korban. Daripada lebih dua juta yang terkorban,
hampir separuh daripadanya akibat dibunuh oleh tentera Khmer Rouge, manakala selebihnya mati akibat kebuluran, kekurangan zat makanan atau penderaan.
Segala kezaliman itu hanya
terhenti selepas tentera Vietnam menyerang Kampuchea pada bulan Disember 1978. Regim Pol Pot tumbang pada 7 Januari 1979. Pol Pot melarikan diri ke sempadan Thai dan membentuk zon pemerintahan kecil Khmer Rouge di situ.
Pada tahun 1997 kuasanya sebagai pemimpin utama Khmer Rouge dirampas oleh orang kanannya Ta Mok. Pol Pot dikenakan tahanan dalam rumah.
Serangan bertubi-tubi ke kubu Khmer Rouge oleh pihak berkuasa Kampuchea menyebabkan Ta Mok dan gerombolannya lari ke hutan. Pol Pot dibawa bersama sebagai
orang tahanan. Namun pada 15 April tahun yang sama, Pol Pot meninggal dunia. Ada sumber mendakwa dia diserang sakit jantung tetapi ada
juga yang percaya dia diracun. Malah ada yang berpendapat dia mungkin membunuh diri.
Menurut satu laporan menjelang saat-saat kematiannya, Pol Pot dikatakan bersetuju untuk menyerah diri kepada tribuna antarabangsa. Tetapi perkara itu tidak menjadi kenyataan. Dia mati sebelum
sempat dibicarakan atas jenayah- jenayah kemanusiaan yang dilakukannya.

Khmer Rouge

VIDEO PILIHAN