Showing posts with label SEMASA. Show all posts
Showing posts with label SEMASA. Show all posts

Tuesday, 15 November 2011


KUALA LUMPUR Kejayaan penyenaraian anak syarikat Felda yang berkecimpung dalam industri gula,MSM Holdings, telah mendorong beberapa pihak menyeru kerajaan turut menyenaraikan anak-anaksyarikat Felda yang lain di Bursa Saham.Mereka berpendapat bahawa ia juga akan turut meningkatkan pendapatan peneroka lembaga itu dengan lebih ketara dan meningkat taraf ekonomi mereka melalui pemilikansaham.
Penyenaraian itu bukan saja akan memberi manfaat kepada 112,635 peneroka, tetapi juga kepada 1.8juta warga Felda, termasuk keluarga peneroka, kata Ahli Panel GabunganPemikir Profesional (Gaprof Anak Felda)Datuk Khairil Anuar Aziz.
Demikian menurut laporan Bernama semasa berlangsungnya konvensyen Gaprof Anak Felda di Melaka Oktober lalu.
Kami ingin melihat bahawa saham saham yang akan dikeluarkan diberikan secara terus kepada komuniti Felda disemua peringkat, sama ada di dalam,di luar negara, di tanah rancangan disemua gugusan, katanya.Pendapatan lebihan yang diperolehi dari keuntungan saham tersebut boleh digunakan oleh keluarga dan peneroka untuk dilaburkan dalam Koperasi Permodalan Felda, Amanah Saham Nasional, Tabung Haji serta produk pelaburan yang lain.
Gaprof adalah kumpulan pemikir atauthink tank secara sukarela di bawah Felda Seranta dibawah Jabatan PerdanaMenteri, yang terdiri daripada generasi kedua penerokaFelda.
Ia ditubuhkan untuk memberi ruang kepada anak anak peneroka bersama-sama membantu menyumbangkan saranan kepada pengurusan Felda dan kerajaan dalam mengisi kematangan Felda terutama dalam peningkatan kualiti sosial dan pengkayaan sumber ekonomi. Beberapa pihak juga mencadangkan supaya Felda menyenaraikan unit-unit minyak sawitnya, yang akan membolehkan lembaga itu merealisasikan potensi komersil sebenarnya sebagai syarikat awam.
Secara umumnya, syarikat berasaskan sawit mempunyai kedudukanyang terbaik untuk disenaraikan. Walaupun syarikat gula Felda tidak besar tetapi apabila disenaraikan nilainya meningkat.Jika syarikat berkaitan sawit disenaraikan, pasti akan memberi peluang peningkatan berlipat ganda kerana pasaran untuk berkembang begitu besar di dalam dan di luar negara, kata Khairil Anuar, yang merupakan generasi kedua Felda ini.MSM Holdings disenaraikan di Bursa pada Jun 28 lalu pada harga RM4.45 iaitu dengan premium 95 sen berbanding harga institusi RM3.50. Harga runcit saham dalam IPO ialah RM3.38. Harga saham syarikat itu kini naik hampir dua kali ganda. Beliau berkata bahawa masa menyenaraikan unit Felda adalah tepat memandangkan harga minyak sawit kini berada pada tahap yang tinggi dan ini akan memberikan mereka pemilikan saham dalam satu sektor yang berpotensi dan berpendapatan tinggi.
Menurut pasaran, harga minyak sawit mentah dijangka stabil dan akan beradapada purata RM3,100 setan metrik bagi sepanjang tahun ini.Sehubungan itu nilai eksport sawit berdasarkan perangkaan Lembaga Minyak Sawit Malaysia pula dijangka mencecah RM80 bilion pada tahun ini,melepasi paras tertinggi 2008 iaitu sekitar RM65 bilion.Khairil Anuar juga berkata bahawa penyenaraian akan menjana lebih banyak pendapatan melalui peningkatan keberkesanan kerana syarikat awam akan beroperasi dengan lebih telus sertadiwajibkan mematuhi peraturan kawalatur korporat.
Selepas lebih 50 tahun, sudah tibamasa bagi Felda untuk menjalani fasa transformasi yang selanjutnya, iaitu penyenaraian, yang akan memberi lebih nilai tambah dan keuntungan kepada agensi pembangunan tanah berkelompokitu.
Penyenaraian akan juga menunjukkan pembangunan Felda serta peningkatan pendapatan dantaraf hidup peneroka di mana ibu-bapa mereka hanya mendapat RM2.90 seharipada 1967 dan lebih RM4,000 sebulan sekarang, katanya.Ditanya bila penyenaraian anak syarikat Felda harus dilakukan, KhairilAnuar berkata, tentulah kita mahu ia di segerakan tetapi satu penelitian yang mendalam harus dibuat sebelum membuat keputusan mana-mana syarikat yang akan disenarai.
Kita tidak mahu setahun dua di senaraikan, kita tidak dapat nilai yangkita hajatkan. Kita mesti pilih dengan betul. Biar ia tidak berapa banyak syarikat dan tidak sedikit tetapi ia memberi nilai. Kualiti lebih penting tetapi kita mesti buat sesuatu, katanya.Beliau tidak menolak penyenaraian anak syarikat Felda akan member pulangan lebih 10 peratus seperti yang dinikmati oleh keluarga tentera di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera.Katanya, Felda perlu melabur dan mengembangkan operasinya kerana persaingan semakin sengit yang dating dari dalam dan luar negara.
Kita bersaing dengan KumpulanSime Darby, Kuala Lumpur Kepong, Kumpulan IOI dan Sabah Sawit malah negara luar seperti China yang sedang meluaskan penanaman sawitnya diIndonesia.
Jika Felda tidak mahu mengembangkan perniagaannya dalam apa jua bentuk, saiznya yang besarketika ini akan menjadi kecil pada satu dekad akan datang, kata beliau.
Felda, yang merupakan Pemilik ladang terbesar di negara ini, memiliki tanah seluas lebih 800,000 hektar melalui Felda Global Ventures dan FeldaHoldings.

Senaraikan lebih banyak anak syarikat FELDA


Dakwaan pihak tertentu bahawaFelda telah menipu kerajaan dan rakyat Sabah adalah tidak berasas.Sebaliknya Felda telah menyumbangkan beratus juta ringgit bagi tujuan pembangunan rakyat Sabah.Selain itu Felda juga membuat pelaburan bernilai berbilion ringgit di negeri di bawah bayu itu.
Dakwaan mengenai penipuanyang dikatakan berlaku itu ditimbulkan oleh seorang bekas Ahli Parlimen dan tersebar di internet.
Dalam dakwaannya bekas Ahli Parlimen itu berkata, pada akhir 1979, Ketua Menteri Sabah ketika itu telah memberikan tanah seluas 225 ekar di daerah Tungku kepada Felda untuk pembangunan skim peneroka yang boleh menempatkan 17 ribu penduduk anak negeri Sabah.
Bagaimanapun menurutnya, Felda hanya mengambil 1638 peneroka sehingga tahun 1990 dan selepasitu dasar pengambilan peneroka dihentikan, manakala Felda pula dijadikan Felda Holdings.
Akibat itu, dakwa beliau, tanah yang belum diagihkan menjadi hak Felda dan rakyat Sabah terlepaspeluang memilikinya.
Apa yang sebenarnya terjadi ialah dasar pengambilan peneroka dihentikan kerana kerajaan merasakan telah sampai masanya untuk Felda berdikari. Dengan itu, Felda, menerusi Felda Holdings diamanahkan untuk menguruskan semua tanah milik Felda secara komersil.
Langkah kerajaan itu menampakkan hasil. Kini Felda mampu berdikari dan menjadi raksasa yang disegani dalam sektor korporat di rantau sebelah sini. Kerajaan pula tidak perlu lagi menyumbangkan antara RM800 juta hingga RM1 bilion bagi operasi Felda, di mana wang itu boleh disalurkan untuk keperluan-keperluan lain.
Felda tidak pernah mengabaikan hak kerajaan dan rakyat Sabah. Setakat ini Felda telah memulangkan sekitar 30 peratus daripada pendapatan bersih operasi komersialnya kepada Sabah, sama ada melalui CSR mahu pun menerusi dana kepada kerajaan negeri.
Menurut sumber, sehingga tahun2010, Felda telah membuat pelaburan sebanyak RM2.3 bilion di Sabah, termasuk infrastruktur umum di kawasan FELDA dan sekitarnya.

RM2.3 Bilion untuk Sabah


Sekali gus menjadikannya sebagai entiti penyenaraian baru terbesar dalam sejarah korporat Malaysia.

FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) sudah melantik beberapa bank pelaburan bagi menguruskan tawaran awam permulaan (IPO)
sempena penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia, tahun depan.
Reuters dalam satu laporannya memetik sumber yang berkata, IPO itu dijangka mampu meraih antara RM5 bilion hingga RM6 bilion, sekali gus menjadikannya sebagai entiti penyenaraian baru terbesar dalam sejarah korporat Malaysia.
Sebelum ini, antara IPO terbesar adalah Petronas Chemicals Group Bhd yang berjumlah RM4.1 bilion pada tahun lalu dan Maxis Bhd berjumlah RM3.3 bilion pada dua tahun sebelumnya.
Menurut sumber itu lagi, bank pelaburan yang dilantik itu adalah CIMB Investment Bank, Maybank Investment Bank dan Morgan Stanley yang akan

menjadi penyelaras global bersama, manakala JPMorgan dan Deutsche Bank pula akan bertindak sebagai pengurus tempahan bersama.
Deutsche dan Morgan Stanley enggan mengulas manakala Maybank IB dan CIMB tidak dapat memberikan komen serta-merta sementara JP Morgan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
Presiden FELDA Global, Datuk Sabri Ahmad, baru-baru ini berkata, hasil daripada IPO itu akan digunakan FGVH sebagai modal bagi mengembangkan perniagaan terasnya.
Meskipun keadaan ekonomi yang tidak menentu, syarikat Malaysia tetap meneruskan IPO mereka.
Di samping IPO FGVH tahun depan, dua lagi syarikat lain iaitu Gas Malaysia Bhd dan Pavilion REIT turut mempersiapkan diri bagi melaksanakan IPO yang masing-masing dijangka mampu meraih RM238.2 juta dan RM222.4 juta.
FGVH, cabang perniagaan FELDA adalah syarikat yang terbabit dalam perniagaan pertanian dengan memberikan penumpuan dalam perladangan sawit, getah selain menanam dan memproses tebu sebagai gula.
Bagi menjadikan aset miliknya sebagai penjana kepada keuntungan, FELDA turut menyenaraikan unit gulanya, iaitu MSM Malaysia Holdings Bhd pada Jun lalu.
Menurut Sabri, tujuan penyenaraian itu adalah bagi mewujudkan cabang perniagaannya sebagai sebuah syarikat multinasional,menyerupai firma besar seperti Archer-Daniels-Midland Co dan Cargill Inc yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

FGVH MAMPU RAIH DANA HINGGA RM6 BILION


Pengerusi Felda,TanSri Mohd IsaAbdul Samad menyangkal dakwaan segelintir peneroka Felda yang menganggap perlantikannya selaku pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) pada mesyuarat Lembaga Pengarah koperasi Ogos lalu sebagai tidak sah.

Sambil menyifatkan mereka yang memperbesarkan isu tersebut sebenarnya tidak memahami perkara sebenar, Mohd Isa menegaskan, “Pelantikan saya sah dan saya sedia disiasat.”

Kumpulan peneroka berkenaan mempertikaikan perlantikan Mohd Isa kerana ketika itu pemegang jawatan tersebut, Datuk Dzulkifli Wahabb sedang berada di Makkah kerana mengerjakan umrah,

Perlantikan itu juga, menurut mereka, bertentangan dengan undang- undangdi bawah Akta Koperasi 1993 (Pindaan2007) Akta 502. Dalam penegasannya, Mohd Isa berkata, “Mereka ini tidak faham sebenarnya. Mereka kena faham bahawa Datuk Dzulkifli selaku Pengarah Besar Felda ada kuasa eksekutif.

“Bagi menghasilkan urus tadbir yang baik dalam penyenaraian di Bursa Saham, pengerusi mestilah tidak mempunyai kuasa eksekutif. Itu sistem yang digunapakai.”Mohd Isa turut menyelar pembangkang kerana cuba mempolitikkan isu itu.Menurutnya, tiada timbul dakwaan bahawa beliau merampas kuasa kerana ketika mesyuarat dibuat, Dzulkifli telah dimaklumkan.

Tiada apa hendak dikejarkan kerana saya memegang pelbagai jawatan sepanjang kerjaya sebagai ahli politik dantidak mendahagakan kedudukan.

“Saya hendak jelaskan bahawa apabila KPF diputuskan akan memainkan peranan sebagai sayap pelaburan yang terbabit dalam aktiviti komersial Kumpulan Felda, maka pengarah besar yang mempunyai kuasa eksekutif tidak boleh lagi menjadi pengerusi kerana berlaku konflik kepentingan,” katanya.

Kata Isa, pemindahan yang dibuat itu adalah selaras dengan amalan tadbir urus korporat yang baik supaya segala transformasi yang akan dilakukan berjalan dengan lancar.

SAYASEDIADISIASAT-ISA

Saturday, 15 October 2011


Tukang fitnah terpaksa jilat ludah

Berakhirnya penantian untuk memiliki rumah baru oleh 551 generasi kedua dari empat kawasan Felda di Johor baru-baru ini menyebabkan mulut tukang-tukang fitnah terkunci sekali lagi.
Selama ini ada di kalangan mereka itu menghasut generasi kedua kononnya penantian tersebut ibarat menanti buah yang tak mungkin gugur.
Mereka juga menjadikan isu itu sebagai bukti kononnya kerajaan memang tidak peduli pada nasib generasi kedua Felda.
Kini mereka terpaksa menjilat balik ludah sendiri.
Akhir Oktober lalu, Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique menyampaikan khabar gembira kepada kesemua 551 generasi kedua itu.
Mereka terdiri daripada 170 dari Felda Bukit Ramun, 67 dari Felda Bukit Besar, 97 Felda Pasir Raja danselebihnya, 217 orang dari Felda SungaiSayong
Menurut Halimah, pada Bajet 2012, Syarikat Perumahan Negara (SPNB) akan diberi peruntukan tambahan untuk membina 10,000 unit Rumah MesraRakyat dan daripada jumlah itu sebanyak551 unit diperuntukkan untuk generasi kedua di gugusan Felda Bukit Besar di sini.
“Segala urusan berkaitan edardan serah borang, temuduga, lawatan tapak, perlantikan peguam, tandatangan perjanjian jual beli dan sebagainya akan diuruskan oleh SPNB.
“Kerja-kerja membina rumah pula dijadualkan bermula pertengahan Februari 2012 dan ia dijadual siap dalam tempoh enam bulan,” katanya.
Halimah berkata demikian padaMajlis Ramah Mesra PemimpinBersama Rakyat anjuran JawatankuasaPenyelaras Parlimen Tenggara danSPNB di Dewan Kampung Felda BukitBesar.
Pengumuman itu sudah tentulah disambut dengan gembira oleh semua yang berkenaan. Bagi mereka ia merupakan satu lagi bukti bahawa generasi kedua Felda memang sentiasa mendapat perhatian kerajaan.
Yang lebih penting lagi berita baik yang dibawa oleh Halimah itu secara langsung  menjawab tohmahan- tohmahan liar oleh pihak tidakbertanggungjawab terhadap kerajaan.
Mereka yang kononnya prihatin terhadap nasib generasi kedua tetapi sebenarnya hidup dengan cara mengadu-dombakan rakyat bagi kepentingan politik pihak tertentu, terpaksalah mencari isu baru. Dan apabila ketiadaan isu mereka akan mengada-adakannya. Itu lah cara mereka– cara orang yang hidupnya diselubungi oleh dengki dan iri.

551 GENERASI KEDUA DAPAT RUMAH

VIDEO PILIHAN