Thursday, 17 November 2011


Dankini mereka telah ‘menikah’ sebanyak 100 kali,sekaligus mencatatkan rekod sebagai pasanganyang paling banyak kali ‘menikah’.

Ada bermacam cara untuksetiap pasangan menzahirkan rasa cinta masing-masing.Bagaimanapun cara yang dipiliholeh Lauren dan David Blair mungkinagak luar biasa. Pasangan dariHenderson, Tennessee, AmerikaSyarikat itu ‘memperbaharui’ lafazpernikahan mereka beberapa kalisetahun.
Dan kini mereka telah ‘menikah’sebanyak 100 kali, sekaligus mencatatkan rekod sebagai pasangan yang paling banyak kali‘menikah’.
Mereka tidak pernah bercerai.Apa yang dilakukan ialah pasangan itu ke gereja dan melakukan sumpah pernikahan demi memperbaharui cinta dan kasih sayang mereka.
Kali pertama Lauren danDavid mengucapkan ‘I Do’ ialah pada musim panas tahun 1984 diTopanga Canyon, California.
Sehingga tahun 2001,pasangan itu ‘menikah semula’sebanyak 66 kali.Mereka menjadikan jumlah itu100 kali apabila melafazkannya lagi di Honolulu pada 2 Oktoberlalu.
“Kami tahu kami dilahirkan untuk hidup bersama, selama lamanya.Sebab itu kami mahuterus menghangatkan cinta kami dengan lafaz tersebut dari semasake semasa,” kata David, yang kiniberusia 60 tahun.
“Saya suka memandang mata David setiap kali dia melafazkan sumpahnya. Saya tahu lelaki ini akan menyintai saya hingga ke akhir hayat,” kata Lauren, 58.David dan Lauren jatuh cinta pandang pertama pada tahun 1982.
Mereka keluar bersama dua hari kemudian dan selepas tiga bulan, David menyatakan hasrat untuk mengahwini gadis itu – hasrat yangpada mulanya ditolak oleh Lauren!

Nikah 99 kali

Semasa melayari dari satu laman sesawang ke laman sesawangyang lain, dari satu blog ke blog berikutnya, penulis tersinggahdi http://feldatrolaktimur.pjk. com.my, iaitu laman pusat jalur komuniti yang memuatkan pelbagai maklumat mengenai Felda Trolak Timur dan warganya.
Penulis teruja ialah apabila membaca butiran aktiviti Gerakan Persatuan Wanita (GPW) di rancangan Felda terkenal yang terletak di Slim River, Perak itu, terutama sejarah penubuhan Bengkel Kemahiran Pendidikan (Jahitan) yang bermula sejak1985.
Menurut apa yang tercatat di situ, bengkel tersebut pada mulanya beroperasi di rumah Rumah Peserta Felda Trolak Selatan, Dewan Orang Ramai dan Surau Peringkat 4 Felda Trolak Timur. Peserta diajar secara berkumpulan oleh seorang pemaju masyarakat yang baru dipindahkan ke situ dari Bagan Datoh.
Mengikut jadual aktiviti, pada setiap pagi Isnin dan Rabu, GPW Trolak Timur mengadakan aktivitigotong- royong, manakala pada hampir setiap Isnin, Rabu dan Khamis, diadakan pula pengajian agama, di surau, dewan dan masjid.
Selain itu persatuan yang dipimpin oleh Puan Zaharah Daud itu turut giat dengan aktiviti ceramah, bengkel dan projek menambah pendapatan peserta bengkel.

Teruja dengan GPW Trolak Timur

Sesiapa juga yang mengenal FELDA dari dekat akan mengakui satu hakikat bahawa agensi itu tidak pernah mengabaikan hak dan kepentingan kaum wanita.
Malah peranan kaum itu sentiasa diperhebat dari semasa semasa. Pelbagai langkah dan inisiatif, diambil serta terus dirancang bagi meningkatkan pembabitan mereka.Penubuhan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) yang sehingga kini terus memainkan peranan proaktif di rancangan-rancangan FELDA adalah sebahagian daripada buktinya.Selain itu masih terdapat pelbagai bukti lain, termasuk yang tidak nyata.
Sebagai contoh, FELDA meletakkan syarat utama untuk menjadi peneroka ialah seseorang itu mestilah berkahwin.
Apakah yang tersirat di sebalik perkataan berkahwin itu?
Tentulah ia bermakna seseorang pemohon itu telah beristeri. Dan sudah tentulah pula yang dimaksudkan isteri itu seorang wanita.
Tidakkah ini membawa erti bahawa wanita mempunyai peranan yang cukup besar dalam menjayakan permohonan seseorang yang mahu menjadi peneroka?
Ia juga sekaligus bermaksud bahawa FELDA mengiktiraf peranan kaum hawa tersebut terhadap pembangunan FELDA umumnya, dan negara khususnya. FELDA sedar peri pentingnya peranan kaum isteri untuk turutbersama suami menggerakkan apa juga usaha di rancangan FELDA.Satu lagi bukti pengiktirafan FELDA ialah dalam soal penamaan geran. Kalau dahulu geran cuma adasatu nama, kini FELDA membolehkan nama isteri dimasukkan sebagai penama kedua dalam pegangan hak milik tanah.
FELDA juga tidak pernah mengabaikan isteri-isteri peneroka yang kematian suami. Sejaktahun 2008 hingga kini sejumlahRM74.3 juta telah dibayar kepada balu peneroka. Ertinya, mereka mendapat apa yang sepatutnyamenjadi milik mereka. Jantinadan status tidak pernah diangkat sebagai batu penghalangnya.
Demi untuk meningkatkan peranan kaum wanita jugalah, FELDA berusaha melahirkan sebanyak mungkin usahawan- usahawan wanita di kalangan warganya. Mengikut rekod, lebih20 peratus daripada jumlah usahawan yang berjaya dilahirkan oleh FELDA melalui pelbagai skim, seperti Skim Insentif Usahawan FELDA, terdiri daripada kaum wanita. Dan angka itu terus meningkat.
Jumlah kakitangan wanita yang bertugas dengan FELDA juga sangat membanggakan walaupun masih perlu ditambah. Rekod terkini menunjukkan peratusannya melebihi 15 peratus dan antara mereka termasuk tiga orang yang berada dalam senarai pengurusan tertinggi FELDA Global Ventures(GBV) dan juga tiga daripada 10pengarah di ibu pejabat FELDA.
Sebagai inisiatif untuk terus menghargai wanita. FELDA  turut menyediakan anugerah untuk GPWterbaik, selain mewujudkan anugerah ‘Ibu Mithali FELDA’ setiap tahun.FELDA tidak akan berhenti di situ. Kita percaya, banyak lagi langkah dan usaha lain akan diambil demi meletakkan wanita di tempat yang lebih tinggi.
Bagaimanapun penentu sebenar terhadap kejayaan semua inisiatif itu tentulah kaum wanita FELDAsendiri. Kerajaan, melalui FELDA boleh menyediakan joran dan umpan, namun kaum wanitalah yang harus bertindak sebagai pemancing.
Sebab itulah penyertaan warga wanita FELDA dalam pertubuhan- pertubuhan yang wujud di tanah- tanah rancangan seperti GPW harus sentiasa dialu-alukan. Ia bukan sahaja wajar dijadikan platform untuk wanita menabur bakti terhadap masyarakat setempat , tetapi juga secara tidak langsung akan dapat menzahirkan pemikiran dan kemahiran mereka dalam membangunkan keluarga yang lebih berkualiti sertaseterusnya membantu mewujudkan kelompok masyarakat yang lebih berintegriti.

FELDA iktiraf peranan wanita


Antara yang sinonim dengan Felda ialah kehidupan warganya yang kaya dengan pelbagai aktiviti. Di mana-mana jua mereka, tanpa mengenal statusdan usia tidak jemu-jemu bergerak aktif. Foto-fotodi halaman ini merupakan cebisan kecil daripada sekian banyak aktiviti yang digerak dan dijayakan oleh warga Felda dan semua itu secara tidak langsung menjadi sebahagian daripada resipi yang meletakkan Felda di tahap sekarang sebagai sebuah entiti yang di kagumi dan disegani.

 
Majlis sarapan pagi bersama-sama ketua blok wanita Felda Soeharto dengan Dato’Haji Mohamad Idris Abu Bakar,Adun Hulu Bernam, merangkap Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor.









Sebahagian tetamu majlis Malam MesraAidilfitri anjuran bersama Seranta Felda dengan Persatuan Penduduk Persiaran Tasik P18K, Putrajaya.





 
  Pengerusi Felda,Tan Sri IsaSamad dalam sesi Bicara Rakyat yang diadakan bersempena Konvensyen GabunganPemikir Profesional Felda (Gaprof) di A Famosa, Melaka. 
 
Pasukan Ogross Dirtbike Club yang turut memeriahkan Karnival IktirafJohor2011 di Felda Penggeli Timur, KotaTinggi,Johor

Antara mereka yang menjayakan Karnival Iktiraf Wilayah Terengganu 2011 yang berlangsung di Ketengah Jaya, Dungun.-Gambar: Utusan Malaysia


Sebahagian daripada lebih 200 golongan profesional dan berkemahiran kalangan generasi anak peneroka Felda berjaya dari seluruh negara yang berkumpul di Konvensyen Gabungan Pemikir Profesional Felda (Gaprof) di Melaka pada awal Oktober lalu.



 

SANA SINI SITU 1

Sekarang ini pelbagai medium digunakan oleh mereka yang ingin berkongsi bakat kepada umum, dan antara kaedah yang menjadi kegilaan, khususnya oleh remaja ialah memuat-turun video nyanyian mereka di laman Youtube. Ada yang beranggapan, ia suatu langkah bagi mencari publisiti murahan. Tetapi benarkah begitu? Apa Kata Bintang (AKB) sempat bertanyakan pandangan beberapa selebriti terkenal berhubung keghairahan sesetengah anak muda kita kini. Jom semak!

HAZAMA
Jujurnya saya lebih banyak melihat perkara ini ke arah satu perkembangan yang positif di mana Youtube menjadi salah satu medan terbaik masa kini untuk orang ramai berkongsi video yang mempamerkan bakat diri seperti nyanyian. Di sinilah kita berpeluang melihat bakat-bakat terpendam yang mungkin lebih versatile dan tersendiri. Kalau bernasib baik, bakat mereka mampu di ketengahkan ke peringkat yang lebih jauh sekiranya ia mendapat perhatian umum.





STACY
Stacy juga merasakan trend memuat-turunkan video seperti video mempamerkan bakat nyanyian ke laman Youtube satu perkembangan yangsihat. Tidak timbul soal cuba mencari publisiti murahan. Tapi kalau boleh buatlah dengan bersungguh-sungguh dan bukan sekadar tangkap muat.Mana tau bakat itu mendapat perhatian pihak komposer sekaligus ditawarkanmenjadi artis rakaman. Tidak mustahilkan memandangkan dah ramai penyanyi yang bermula dengan cara begini. Stacy menyokong sepenuhnya!



SHILA HAMZAH
Bagi Shila, adalah satu tindakan bijak sekiranya ada remaja mengambil peluang dengan kemudahan teknologi IT sekarang untuk memuat-turun video dan berkongsi bakat dengan pelayar maya menerusi laman Youtube ni. Bukan sekadar untuk berkongsi bakat, tetapi mungkin sebagai kenang kenangan
untuk diri sendiri. Malah Shila sendiri bila kebosanan masihberbuat perkara yang sama. Sekadar suka-suka dan hadiah untuk peminatShila sendiri nak tengok Shila menyanyi.




HAFIZ
Pada Hafiz, Youtube adalah satu platform terbaik masa kini untuk mereka yang berada jauh di pedalaman berkongsi bakat kepada orang ramai. Hafiz percaya, begitu banyak bakat-bakat terpendam di luar sana tetapi mereka buntu, tidak tahu ke mana harus mereka salurkan bakat itu. Dan Youtube menjadi medan paling tepat untuk mereka berkongsi bakat dengan khalayak umum. Hafiz sendiri sekiranya kelapangan, selalu juga menonton klip-klip di Youtube ni dan Hafiz dapat melihat sememangnya ada di antara mereka ni mempunyai bakat tersendiri yang boleh di ketengahkan.







RAQIB AF9
Selagi video yang dimuat-turun itu tidak merosakkan moral dan memesongkan aqidah, Raqib rasa itu bukanlah menjadi satu masalah.Mana tahu ada rezeki, bakat mereka itu mendapat perhatian para komposer sekaligus berminat untuk mengetengahkannya sebagai artis rakaman. Sebab kita sendiri tahu sudah ramai penyanyi yang ada sekarang bermula dengan memuat-turun video nyanyian mereka ke laman youtube. Tidak sahaja dinegara kita, malah kalau diperhatikan ada penyanyi remaja popular dunia, Justin Bieber misalnya bermula dengan bakatnya dikesan di laman Youtube.

BINTANG YOUTUBE

>BIODATA

NamaPenuh:CheWanFatinSuhanaBteCheWan
Khalid
Panggilan:FatinSuhana,Fatin
TarikhLahir:12 Disember1989
Umur: 21 tahun
Tinggi/Berat:154cm/42kg
Asal: Kuantan,Pahang
PendidikanTertinggi:DegreeInInternationalBusiness
(tahunakhir)
Zodiak: Sagittarius
Hobi:Membaca,memasakdanmelayariinternet PerancanganMasaHadapan:Bekerjadanmembuat kariersampingandalambidangfesyendanmedia PrinsipHidup: Bepositive&trustyour ownself. Pelakon/  PenyanyiPilihan: Michael Buble, Norah Jones, ZeeAvi

Secara ringkas, boleh jelaskan serba-sedikit mengenai diri anda?
Bagi mereka yang belum mengenali saya, saya seorang yang agak pemalu dan sedikit pendiam pada awal perkenalan. Tapi bila semakin rapat, saya sebenarnya seorang yang banyak cakap dan mudah bergaul.Selainnya saya seorang yang mudah tersenyum, masih lagi seorang pelajar dan telah mula membabitkan diri sebagai model sambilan serta turut terlibat dalam perniagaan online.

Apa yang sedang anda buat sekarang?
Saya masih seorang pelajar degree international business (tahun akhir) di UITM Puncak Alam tetapi pada waktu yang sama juga seorang model sambilan untuk majalah, butik dan iklantv. Selainnya, saya juga membuat business online secara sampingan. Antara barangan yang saya jual di laman maya adalah seperti baju dan tudung. Ha, jangan tak tahu saya juga sebenarnya seorang, blogger. Sudi-sudikanlah menjenguk blog saya di fatinsuhana.blogspot.com ya!
Pandangan anda dengan trend anak muda sekarang yang terlibat dalam perniagaan
online?
Tidak saya nafikan perkara itu seakan sudah menjadi trend sekarang dan ini adalah satu perkembangan positif bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Apa yang dapat saya lihat ianya low risk, easy to set up dan low cost. Selain dapat menambahkan pendapatan sampingan, dengan menceburi bidang ini ianya mampu meningkatkan tahap kematangan kita dalam berurusan dengan orang luar secara tidak langsung. Inilah yang banyak membantu seseorang meningkatkan lagi skill komunikasi.Perkara ini penting kerana kemahiran ini hanya dapat dipelajari melalui pengalaman,bukan teori.

Anda juga aktif dalam bidang peragaan dan modeling, boleh berkongsi sedikit
pengalaman itu?
Memandangkan saya masih lagi pelajar tahun akhir di IPTA, makanya jadual sayasangat padat. Hari Isnin hingga Jumaat saya fokuskan untuk akademik. Sabtu danAhad saya berikan fokus untuk kerja-kerja modelling. Setakat ini banyak butik-butik baju dan tudung yang telah saya bekerjasama dengan mereka antaranya di Qoma Boutique. Disebabkan saya tidaklah tinggi seperti kriteria yang diperlukan untuk menjadi supermodel, saya jarang ke pentas catwalk. Justeru, saya lebih fokus
kepada fotografi dan iklan.

Nasihat anda kepada remaja di luar sana yang ingin berkecimpung dalam
dunia modeling?
Kalau nak dikira, saya pun masih lagi baru dalam bidang ini. Saya bermula pada tahun 2009. Harapan saya, semoga saya dapat pergi lebih jauh dalam bidang ini tanpa melupakan fokus utama saya, iaitu pelajaran. Pesan saya kepada anda yang berminat untuk mendekati dunia modeling, apa yangpenting harus buang sikap malu dan mesti perlu ada keyakinan diri yang tinggi.

FATIN enjoy dekati perniagaan Online &Modeling



Seakan baru sahaja Maharaja Lawak musim ke-5 melabuhkan tirai, kini Astro sekali lagi menerbitkan sebuah program yang menghimpunkan para pelawak professional dalam sebuah pertandingan mencari pelawak terbaik serantau iaitu Maharaja Lawak Mega (MLM).
Membabitkan 3 buah Negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia,para peserta akan berentap diatas pentas untuk dinobatkan sebagai Juara Maharaja LawakMega sekaligus membawa pulang hadiah utama wang tunai sebanyak RM350,000. MLM menghimpunkan 15 penyertaan secara berkumpulandan dua penyertaan solo di manamereka akan diadili dengankonsep 70% markah juri dan 30% undian penonton. 3 juri tetap yang akan mengadili dan mengkritik para peserta saban minggu ialahpenyanyi tersohor Negara, Datuk SitiNurhaliza, Chef Wan dan lagenda bola sepak Negara, Zainal Abidin Hassan. Antara pelawak terkenal tanahair yang menyertai MaharajaLawak Mega ini ialah Sathia, Imuda,Abun, Jalil Hamid, Mat Over, Mr.Os,Yassin, Didie Alias, Afdlin Shauki,Harun Salim Bachik dan ramai lagi.
Program yang diacarakan olehDato’ AC Mizal ini akan bersiaran secara langsung di kaca TV andapada setiap Sabtu, Jam 10.00 malam menerusi siaran Astro Warna (saluran 132).

3 Negara berentap di pentas MLM

VIDEO PILIHAN